Saifuddin Abdullah

FACEBOOK HOUR : DEKATI RAKYAT, FAHAMI RAKYAT

Posted on: Mac 30, 2009

DS Najib sudah memberi isyarat perubahan yang serius kepada pemimpin UMNO. Either we change or will be changed. UMNO sudah tidak boleh lagi berada dalam zon selesa sebagai pemerintah. We have lost the two-third, 5 states (but gaining back Perak) during the last year GE and the bizarre fact that the young generation were not with us during the last GE. No honeymoon and let’s go back to work. I mean serious business. 

Saya terpanggil sebagai salah seorang ahli MT UMNO yang baru untuk menggalas tugas menawan semula hati rakyat terutamanya golongan muda. Saya percaya rakan-rakan dalam UMNO dan BN sedang mengatur langkah untuk mencipta perubahan seperti yang telah diikrarkan. Sejak Julai 2008, saya telah memulakan rangkaian sosial maya saya iaitu Facebook yang sudah menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Tanyalah kepada siapa saja, pastinya sebahagian besar individu sudah mempunyai facebook mereka sendiri tidak kira apa jua latar atau usia. 6 juta pengundi muda dijangka akan mengundi pada PRU13.

Hari ini saya dapati kebanyakan pemimpin kita sudah mempunyai FB mereka. Pemimpin-pemimpin BN juga tidak terkecuali. Cuma samada FB itu dioperasikan sendiri oleh mereka atau tidak itu soal yang penting juga. Matlamatnya bukan untuk semata-mata pemimpin ada FB. Tetapi pemimpin menggunakan FB sebagai medium interasi dengan rakyat. We are the service provider and they are our boss. 

Jadi saya ambil keputusan untuk mendedikasikan sekurang-kurangnya sejam selang seminggu buat peringkat awal untuk berinteraksi terus dengan kawan-kawan di FB. Jumlah kawan2 di FB pun sudah mencecah 1019 setakat semalam. saya rasa amat sedih tidak dapat menjawab semua emel yang dihantar lantaran kesuntukkan waktu sebelum ini. saya lebih suka berkomunikasi sendiri daripada mewakilkan kepada pegawai-pegawai saya. Jadi, good news untuk semua, I will launch my first FB Hour tomorrow, Tuesday at 8.30-9.30pm. Saya buka peluang kepada semua kaum, semua golongan untuk berinteraksi tentang apajua isu. Harapnya kita dapat mencambahkan idea masing-masing ke arah mewujudkan negara yang sejahtera dan maju.

Semoga inisiatif saya ini akan mendapat sambutan oleh semua. Kita jumpa di ruang maya FB Hour esok.

Saifuddin Abdullah

 

 

24 Respons to "FACEBOOK HOUR : DEKATI RAKYAT, FAHAMI RAKYAT"

salam.

saya miss utk bersama dt pg td. Semoga FB Hour dt sukses..

Rasa saya “perubahan” yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Najib itu selain pembukaan ruangan FB, yang dapat membuka peluang untuk kalangan muda mudi mencerna minda dalam arus perdana kepimpinan negara, juga satu unsur perubahan mustahak ialah MENJEMPUT GULUNGAN BIJAK PANDAI MUDA masuk kedalam UMNO sebagai ahli dan jika benar-benar berkelayakan, sebagai pemimpin dalam parti tersebut. Dewasa ini gulungan bijakpandai melayu ketandusan platform untuk bergiat cergas dalam arena politik tanah air. Jika dibiarkan berterusan mereka bisa memasuki parti pembangkang dan akan menjadi musuh utama kerajaan. Dengan menjemput mereka kedalam UMNO, maka kita akan berhasil menghalang dari perkara tersebut berlaku.
Sejak kemerdekaan, pendidikan anak-anak bangsa merupakan agenda utama kerajajan BN. Kini anak-anak telah ramai yang berpendidikan dan berilmu tinggi. Ramai juga dikalangan mereka yang kepingin ikut serta menjadi pemimpin untuk kembali membalas jasa kerajaan yang memberikan mereka ilmu. Namun berlaku halangan akibat tamak kuasa dan pangkat didalam parti BN. Sikap ini harus dikikis dan anak-anak yang berilmu itu tadi diberikan kebebasan untuk memasuki parti kita.
Sekadar FB, mereka masih tidak akan berpuas hati. Mereka harus dibawah kedalam pemerintahan negara dan termasuk orang yang bertanggungjawab membuat keputusan dalam membangunkan dan memajukan negara Malaysia yang tercinta ini.

bukan apa dasar UMNO tu,yang telah rosakan orang2 melayu dari dulu dan selamanya.dari cara merdeka hingga kini telah merosakkan.bukan tak turun ke akar umbi.

Dear Dato’.

This is a splendid idea using Web 2.0 to hear back from the rakyat. Ironically, even MDeC under MOSTI has been initiating programmes for businesses and communities to use Web 2.0 like Facebook, Twitter and Blogs to hear back from their customers.

Glad that Dato’ is leading the path in this one! And this is such a good medium to get closer to the next generation of Malaysian movers and shakers in society – The Youths.

I support this initiative!

Assalamualaikum Dato’,
Glad to see you take initiative into Social Media to reach out and be friend by normal people in Facebook!

I will give you a huge Impact to your career soon!

Regards,
Nasrul

You are a very good leader…. maybe even a great leader someday. If it is up to me, I will give you a minister post already.

Salam Dato,
Tahniah diatas pemanfaatan Facebook. Amat menarik sekali komen dalam TV semalam.
Mengharapkan ramai lagi pemimpin negara baik darin BN mahupun PR dapat mendekati rakyat. Demi Kemajuan umat.
Saya ada rancangan hendak ujukan FaceMe. Facebook Muslim Edition.
salam
fauzan@iiu.sg.pusu.gombak

Dear Dato’

Your FB Hour is something noble and “normal” way of reaching out to Rakyat.

Be different Dato’. We expect inspired leadership from you to help out Malays and Bumiputera and Malaysian as a whole.

Kudos to you

Ikram A Samad
http://kertasdinding.com

Syabas Dato…saya doakan Dato jadi menteri Belia dan Sukan. UMNO sgat perlukan seorang yg faham dan berjiwa muda macam Datok.kalau tak,umno takkan dapat undi orang muda pru13

Tahniah atas kemenangan tempoh hari. Keduanya, saya harap inisiatif yang Dato’ mulakan ini akan dicontohi oleh pemimpin2 UMNO yang lain.

Salam perubahan!

Tahniah, di atas perlantikan semula sebagai timbalan menteri..tapi kali ini sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Semoga YB datang di universiti-unversiti tempatan mengadakan sesi dialog dan forum bersama mahasiswa dan wakil-wakil pelajar. Ini adalah penting untuk menambat hati golongan muda agar sentiasa bangga menjadi warga Malaysia dan faham dengan wadah perjuangan pemimpin negara.

Tahniah sekali YB…semoga terus berjaya

Dato’,

DI sebalik kerja keras yang bakal diberikan oleh pemimpin UMNO, mungkin ada satu perkara kecil yang Dato boleh kongsi-kongsikan dengan rakan-rakan menteri dan timbalan menteri.

Artikel dibawah mungkin boleh menjadi rujukan.

http://melayu-lama.blogspot.com/2009/04/forgetten-about-humility-so-quickly.html

Assalamualaikum Dato’

Tahniah diatas perlantikan Dato’ sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, seperti semua sedia maklum pada 15 april 09, kabinet telah meletakan UiniKL di bawah Kementerian Dato’, saya sebagai kakitangan UniKL berharap Dato’ dapat mewujudkan lebih banyak ruang dan inisiatif serta turun padang beraktiviti bersama-sama IPT yang lain dalam memenangi hati pengundi muda… Saya amat yakin pimpinan dan wacana dibawah Y.B MKN dan Dato’ berupaya menganjak satu paradigma baru didalam senario politik negara… Ingat perjuangan tidak pernah selesai

Tahniah sekali lagi….

Salam..

Tahniah kepada YB atas perlantikan sebagai Timbalan Menteri KPT. Semoga dengan perlantikan ini dapat memberi manfaat kepada mahasiswa khususnya di IPT2 di Malaysia.

Tinggalkan sesuatu yang bermakna sementara diberi tanggungjawab di KPT ini.

Saya berharap agar YB dapat menjayakan program seperti Dialog AUKU di UIA sebelum ini.

Saya akan berusaha ke arah kerjasama bersama YB akan datang.

Tahniah!
Hidup Biar Berjasa…

seronok dapat berkenalan n berbual dengan dato ketika dato berkunjung ke UKM. kalau nak diikutkan masa perjumpaan sangat singkat dan tidak mencukupi…..saya rasa perlu ada lagi perjumpaan ramah mesra seperti ini selalu….saya sudah cuba mengekses Facebook dato tp tak dapat harap boleh berikan email atau contact dato untuk kita berbincang mengenai isu pengajian tinggi dengan lebih mendalam……

TANIAH ATAS PERLANTIKAN DATO
SEMOGA BERJAYA

In order to see changes, we ourselves must change

Tahniah Datuk dengan Facebook Datuk boleh mendekati generasi muda. Tetapi Datuk kenalah update selalu.

Terima KAsih kepada Dato’ kerana turun padang sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan menjadi Kolej kami, Kolej Komuniti Bentong pahang sebagai Kolej pertama yang dilawati oleh Dato’. Segala amanat dan pesanan Dato’ akan kami ambil untuk sama sama membangunkan pelajar. Tak lupa juga pesanan Dato’ dalam mengembalikan kegemilangan ilmu.

Cara Dato’ yang ber’sahaja’ dengan pelajar sekurang-kurang dapat menyuntik semangat pelajar pelajar Kolej Komuniti Bentong.

Rakyat didahulukan…..

harap datuk sendiri yang bukak Facebook tue bukan ‘orang-orang’datuk yang memBUKUMUKAkan datuk seperti kebanyakan pemimpin2 yang lain.

jika benar datuk maka saya akan sokong!

Tahniah daripada rodong ABSM. Semoga Dato’ dapat memberi ‘khidmat’ yang cemerlang di Kementerian yang baru.

tahniah dt,tp jgn lupa orng lama yg dulu mula beri tmpuk/asas prjuangn dah mula rasa d pngirkn sbb apa yg blaku bnyk hnya d kesankn pd org muda. mreka adakh sbnar2nya org muda yg mngrakn tsunmi itu/sbnrnya org lma yg dah mrajuk….

Salam…..

Awat sejuk jer laman nie sekarang? Tak hangat pon. Awal2 jer hangat. TQ

alangkah baiknya jika Dato hadir dalam hidup kami generasi mahasiswa Institut Pendidikan Guru Malaysia yang dicengkam oleh Akta 174

Salam Datuk YB,

Usaha Datuk ini adalah sesuatu yg amat dialukan. Tidak ramai yg sedar tentang web 2.0 ini. Saya bersyukur kiranya usaha ini dijadikan “perkara wajib” untuk semua YB yg ada di Malaysia ini. Mendekati rakyat secara turun padang dan kemudian keluar terpampang di media bukanlah satu trend yg popular lagi. Malahan cara ini boleh dikatakan sebagai sebuah kaedah mempromosi yg kotor dan keji memandangkan mereka mempromosi kesusahan orang lain demi meraih populariti diri dan parti.

Tidak ada yg susahnya didalam mengendalikan laman FB atau blog seperti ini. Sama ada suka atau tidak, inilah cara terbaik atau antara cara terbaik utk mendengar suara rakyat secara terus. Jika mahu lebih baik lagi, gunakan saluran telekomunikasi telefon mudah alih. hampir semua rakyat Malaysia ada telefon mudah alih. Gunakan saluran SMS sebaiknya utk mendengar pandangan orang-ramai.

Syabas sekali lagi kepada Datuk YB. Saya berpendapat, Kementerian Pengajian Tinggi telah mendapat seorang Timbalan Menteri yg amat bersesuaian dgn “umatnya”.

Tinggalkan Jawapan kepada Ahmad Fahmi Batal balasan

Mac 2009
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031