Saifuddin Abdullah

Analisa Ringkas Pemilihan UMNO

Posted on: Mac 27, 2009

Menjelang keputusan MT UMNO – Dato Saifuddin Abdullah dalam analisis awani, 26 Mac 2009.  Pilihanraya ke 13 sudah bermula semalam. Rakyat sudah mula menilai sejauh mana UMNO ini mahu berubah sebagai yang digagaskan oleh  Presiden baru, Dato Seri Najib. Mereka mahu lihat apakah visi Presiden dijelmakan dalam pemilihan kali ini. UMNO tidak hanya perlu menfokuskan soal peralihan kuasa  tetapi peralihan budaya dalam UMNO. UMNO tidak boleh berfikir apa pandangan ahlinya terhadap kepimpinan lagi tetapi apakah persepsi rakyat terhadap kepimpinan! Jika soal ini dipandang sepi, maka kita akan sukar menambat hati rakyat keseluruhannya.

Pada saya, substance parti perlu diisi dengan pemikiran politik. Politik Baru.  Apakah pemikiran ekonomi UMNO? Pemikiran sosial UMNO? Bagaimanakah kedudukan 13 industri strategik negara untuk membantu orang-orang Melayu? Bagaimanakah rm60 billion, pakej rangsangan yang dibentang baru-baru ini disalurkan untuk membantu mereka? Sebab itu saya telah syorkan penubuhan Akademi UMNO untuk menjadi badan pemikir bagi memberi input kepada kepimpinan UMNO dalam membuat dasar-dasar parti.

9 Respons to "Analisa Ringkas Pemilihan UMNO"

tahniah atas kemenangan dan penyertaan Dato’ sebagai ahli MT!-jojo

Another stupid suggestion from a die-hard umno….

lingkuplah Malaysia…

UMNO cannot change radically, because the leaders are not clean and do nothing but talk only. UMNO cannot change because the leaders are corrupted. UMNO cannot change because the members are big in quantity but small in quality. UMNO cannot change because the members are power crazy. UMNO cannot change because the party is already rotten.

Assalamualaikum Dato’

Saya suka ayat ini…

‘UMNO tidak boleh berfikir apa pandangan ahlinya terhadap kepimpinan lagi tetapi apakah persepsi rakyat terhadap kepimpinan! Jika soal ini dipandang sepi, maka kita akan sukar menambat hati rakyat keseluruhannya.’

UMNO memang perlu jaga nama baik . Kaji mengapa orang ramai telah beralih arah. Terima dengan hati terbuka.

Dan lagi satu ….mungkin saya silap..saya ni sekolah pun tak tinggi ..penulis penulis ucapan UMNO..ubah lah minda anda..saya tengok macam ucapan copyright dari yang sudah sudah aje….

Tahniah Dato atas kejayaan. Dato memang layak berada dalam MT. Kemukakan idea-idea dato dlm mt. Saya harap bakat dato akan dihargai oleh Dato Najib. cuma ada beberapa nama yang tak sedap didengar dan tak selari dengan agenda reform UMNO. Apa pendapat Dato dengan KP baru? Do you think he deserves to be there?

All the best

Semoga jadi menteri pelajaran Datuk. Malaysia is in dire need of a qualified minister that can lead educational issues in malaysia. PPSMI, sekolah wawasan, lemah BM, are those unsettled issues. based on several interviews on TV that I have watched, i am certain that you have the potential to reform the party.

Assalamualaikum Dato’

Tahniah!

Pada sebelah malam menjelang keputusan pemilihan ahli-ahli MT, Suhaimi Sulaiman dan rakan-rakannya di Awani @ Astro ada menemubual beberapa orang penganalisa politik tempatan. Salah seorang dari mereka ada menyebut nama Dato’ sebagai harapan baru untuk UMNO mendekati golongan muda & intelek.

Semoga “action plan” yang sepatutnya akan digerakkan agar “kami” tidak terus putus harapan menjadi penonton yang meluat dengan kerenah krisis dalaman UMNO itu sendiri. Demi agama dan bangsa, “kami” sedia membantu sekadar termampu.

Salam,
JOM – Juga Orang Mengakarak

Salam..

Tahniah Dato di atas kejayaan. Harapan terhadap dt besar sekali krn kami mengharapkan perubahan dalam UMNO. Semoga dt bekerja kuat dan membuktikan bahawa pemimpin UMNO tidak hanya pandai menabur janji.. Teruskan perjuangan. Akar umbi memerlukan pemimpin seperti dt. All the best to u.

Pemilihan Umno ( Bah. 1)

Kita baru sahaja selesai pemilihan UMNO baru-baru ini. Ada calon yang menang dan sudah pasti lebih ramai lagi yang kalah. Ada yang merajuk,tak puas hati, gembira, iri hati dan tak kurang yang terluka. Apa yang sangat menarik perhatian saya sebagai orang bawahan (grass root-popular term sekarang) adalah slot perbincangan di TV , iaitu semasa menunggu keputusan rasmi. Ramai cendikiawan, ahli politik dan wartawan membahaskan apa masalah UMNO yang sebenar, kenapa, siapa, bagaimana, di mana dan bila? Macam-macam teori,tokoh dan terma yang digunakan seperti “bottoms-up comunication, new media, unilateral, bilateral, Barrack Obama, apolitical, apologist dan pelbagai lagi. Seronok juga sebab dapat “experience UMNO” dalam sejam,dua.
Antara idea menarik seperti Datuk Mukhriz mencadangkan pemuda menggunakan pendekatan NGO dan gugurkan slogan ‘sedia gempur’. Menurut beliau makcik-makcik lari bila nampak slogan tersebut kat baju pemuda.Ada ahli mencadangkan pembahasan ucapan dasar presiden di peringkat akar umbi. Bagaimana berlaku terlalu banyak tapisan isu-isu dari peringkat akar umbi ke cawangan ke bahagian dan seterusnya. Ada suruh tukar ke “one member-one vote system”. Pelbagai cadangan serta hasrat nak memperjuangkan itu,perjuangkan ini. Dari banyak-banyak cadangan tadi, tiada satu pun yang kaitkan dengan agama. Kata UMNO perjuangkan agama dan bangsa melayu, tetapi SATU pun idea atau isu tak dikaitkan dengan Islam. SUBHANALLAH.
Itulah sebabnya, itulah puncanya kenapa UMNO makin jauh dari orang Melayu, jauh dari ahli UMNO sendiri, malahan jauh dari rakyat. Bagi saya isunya mudah , penting dan sangat benar. Islam, Islam dan Islam.
YB Khairy dalam ucapan kemenangannya ada muatkan ayat Quran, dalam temubual, Datuk Seri Zahid Hamidi pun ada keluarkan dalil walaupun ada tersasul sedikit, OK .. Bagus. Tapi , maaf nak kata kedengaran sangat ‘superficial’, ‘tak jive’ kata orang muda sekarang. Sejak Pak Lah melancarkan Islam Hadhari, sememangnya sampai sekarang rakyat tak faham pun apa dia konsep ini,kenapa perlu bina masjid tak berkariah dan monumen-monumen yang menelan jutaan ringgit. Nak tarik pelancong? Mungkin juga, tapi dari segi pengisian Islam tak sampai. Orang atas selalu berbicara tentang falsafah.Menteri agama selalu sebut tentang Tasauf, Tasawur,Ruh atau semangat Islam. Saya akui memang ini ilmu Islam dan memang penting untuk diperkatakan. Tapi tak sampai pada rakyat, rakyat tak dapat rasa, dan rasa /feel ini yang paling penting bagi kita mengukur keberkesanan dan kejayaan sesuatu program, kempen dan sebagainya. Rakyat rasa pemerintah jauh, maka jauhlah pemerintah dari rakyat, rakyat rasa tak puas hati, maka pemerintah juga akan susah nanti.
Saya suka ambil satu idea dari panel iaitu kurangkan big talk, lebihkan small talk.. less big ideas, more small ones. Contohnya : Kurangkan pasal idea-idea besar yang mengelirukan, lebihkan mengajak orang pergi ke Masjid atau surau. Macam geng-geng tabligh selalu buat, walau ada orang yang tak selesa dan tak suka. Sangat mudah, mereka hanya nak tarik orang meramaikan masjid, mereka sendiri bukan ahli agama (ada engineer,lawyer,kerja kilang dsb), tapi mereka tarik orang ke masjid. Di sana boleh dengar ceramah menambah ilmu, solat berjemaah dan macam-macam lagi. Saya nak tambah sikit dari idea Datuk Mukhriz, pemuda mesti ada set minda macam ahli tabligh. Yakni selain dari kena tebal muka dan benar-benar ikhlas menjalankan tanggungjawab, pemuda kena buat satu benda yang nampak simple tapi manfaat dari itu sangat-sangat besar dan bermakna terutama hal agama, kerana dari situ baru yang lain boleh betul. Zahid Hamidi bagi analogi, UMNO sebuah rumah yang dah berusia 62 tahun. Perlulah dibaiki atapnya,bumbungnya dan lain-lain. Orang-orang di dalamnya (baca : ahli UMNO) perlulah bersatu dan sepakat. Saya rasa semua setuju benda yang pertama sekali kena baiki adalah tiang serinya . Islam adalah agama kita,’Islam is a way of life’. Jadikan juga sebagai ‘the way of UMNO’. Apa dia tiang seri UMNO, lu pikirlah sendiri….

Pilihanraya kecil dua bukit

Pilihanraya kecil kali ini memang panas, lain dari yang lain kerana ia dianggap ‘gauge’ yang paling mutakhir bagi mengetahui sokongan rakyat. Rakyat Malaysia sekarang sudah advance, bukan macam dulu lagi. Kita sudah ‘savvy’ dalam banyak segi – politik, internet, teknologi dan tak buta maklumat lagi dah. Mana-mana attempt untuk memutar belit ataupun menyembunyikan fakta, kirim salam saja… Sekarang mana boleh nak buat macam tu. Suka saya nak senaraikan bagi saya apa yang sangat menarik hati saya mengenai dua bukit ni.
1) Nak tengok sama ada rakyat (sekurang-kurangnya di tempat ini) sama ada mereka menerima kepimpinan Najib.
2) Nak tengok sama ada BN nak tukar strategi atau tidak, nampak ada ubah sikit. Saya rasa bagus sebab letak Muhyidin dan tidak Najib seperti 2 Pilihanraya kecil sebelum ini. Ubahlah sebab nampak isu Najib banyak dimainkan pembangkang.
3) Bagi kes Bukit Gantang, sama ada rakyat mahu kerajaan PR atau BN. Dengan meletak Nizar, ia adalah do-or-die bagi PAS dan kerajaan PR. Adakah rakyat Perak bersama mereka atau tidak?
4) Macamana penerimaan rakyat setempat tentang pemilihan UMNO yang baru berakhir. Sama ada rakyat suka atau tidak dengan barisan baru ini. Adakah rakyat merasa UMNO benar-benar mahu ‘reform’ atau ‘transform’
5) Saya nak tengok dari 15 yang bertanding di Kedah, berapa akan hilang wang pertaruhan. Tak tahu apa yang difikirkan calon-calon bebas ini. Seriuskah mereka bertanding, atau nak glamour saja. Bagi saya mereka ini betul-betul kacau daun.

Kali in saya Cuma nak lihat dari sudut BN saja, kerana tempat-tempat ini ‘incumbent’ adalah dari PR dan sebab memang berita nak dapat pun dari media BN saja, Harakah dan Suara keAdilan kan dah kena ban!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mac 2009
M T W T F S S
« Feb   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos
%d bloggers like this: