Saifuddin Abdullah

UniKL model universiti usahawan pertama di Malaysia

Posted on: Mac 12, 2009

Kementerian berhasrat untuk menjadikan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sebagai universiti usahawan pertama di Malaysia. Sebagai sebuah universiti usahawan, UniKL perlu memastikan seluruh sistem, kurikulum serta pengajaran dan pembelajarannya menggalakkan mahasiswa untuk menjadi usahawan dan tidak bergantung kepada orang lain. Aspek ini haruslah diterapkan ke dalam kurikulum dan menjadi kokurikulum utama di UniKL. Hasrat murni menjadikan UniKL sebagai universiti keusahawanan adalah berasaskan keyakinan bahawa mahasiswa terutamanya yang berlatarbelakangkan kemahiran memiliki potensi yang tinggi untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Saya menyahut keperluan semasa iaitu kelembapan ekonomi di mana peluang pekerjaan adalah amat terhad. Ia juga bersesuaian dengan saranan Dato’ Seri Najib Tun Razak, bahawa kita tidak boleh lagi menggunakan pendekatan-pendekatan ortodox. Sebaliknya kita harus berani dan inovatif. Meletakkan matlamat menjadi universiti usahawan adalah satu langkah yang berani dan inovatif. Konsep ‘knowledge economy’ (k-Ekonomi) telah dipopularkan, kalaupun tidak diperkenalkan, oleh Peter Drucker, seorang ahli ekonomi tersohor (digelar the Father of Modern Management) dalam bukunya ‘The Age of Discontinuity’. Dalam buku tersebut, beliau meletakkan ilmu sebagai ‘aset atau produk perniagaan’ yang boleh diniagakan dengan nilai pulangan yang cukup tinggi.

Dalam buku tersebut juga, beliau menukilkan perlunya penguasaan teknologi know-how dalam ekonomi masa kini. Malangnya, penggunaan teknologi know-who masih terus menjadi menebal dalam masyarakat kita. Menyedari hakikat ini, UniKL sebagai universiti kemahiran pertama di Malaysia perlu menjadi peneraju dalam melahirkan bukan sahaja ‘skilled workers’ tetapi ‘skilled and knowledgable workers’. Dengan menjadikan ‘where knowledge is applied’ sebagai mottonya, saya percaya bahawa UniKL berpotensi menjadi institusi contoh yang dapat menggabungjalinkan ilmu teori dan praktikal seterusnya melahirkan modal insan yang dihasratkan oleh kerajaan.

UniKL perlu terus melihat ke hadapan dan sentiasa membuat “benchmarking” terhadap universiti-universiti berasaskan kemahiran tersohor di dunia. Sebagai contohnya, dengan Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat telah menjadi universiti kedua terbaik dunia mengikut THES, telah memberi penumpuan terhadap aplikasi ilmu dengan konsep “learning by doing”. Meskipun MIT bukanlah universiti kemahiran sepenuhnya, tetapi kejayaannya melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi perlu dijadikan contoh. Sehingga kini, MIT berjaya melahirkan 52 pemenang anugerah Nobel dan 47 Pemenang Pingat Kebangsaan dalam Sains di Amerika Syarikat. Graduan MIT acapkali berjaya menghasilkan inovasi baru dalam dunia sains, kejuruteraan dan ICT yang memberi impak mendalam kepada dunia.

Sebagai contoh lain, Technical University of Berlin, di Jerman merupakan sebuah universiti kemahiran antara terbaik di Eropah. Mereka juga menawarkan kursus-kursus kemahiran yang hampir sama dengan UniKL. Mereka juga melahirkan ramai saintis, jurutera dan pakar-pakar ICT yang tersohor di dunia dan turut melahirkan 8 orang pemenang Anugerah Nobel dalam bidang sains dan teknologi.

Saya difahamkan UniKL telah siap siaga menyahut hasrat murni ini. Pada tahun lalu, di bawah Program Grooming Big Usahawan UniKL, MECD telah menyalurkan dana berjumlah RM1 juta. Daripada keseluruhan dana tersebut, sejumlah RM813,000 telah diluluskan dan 44 orang pelajar UniKL telah mendapat manfaat dari dana tersebut. Pada hujung tahun lalu juga, MECD telah meluluskan dana tambahan sejumlah RM10 juta dan saya difahamkan dana tersebut akan dilunaskan kepada para pelajar dalam masa terdekat. Saya mencadangkan agar peruntukkan sejumlah RM2 juta daripada jumlah keseluruhan turut disalurkan oleh pihak UniKL kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajarnya agar lebih banyak usahawan-usahawan baru di peringkat akar umbi dapat dilahirkan.

Saya turut difahamkan terdapat 71 buah syarikat ‘enterprise’ dan sendirian berhad yang telah ditubuhkan oleh para pelajar UniKL. Jenis perniagaan tersebut adalah pelbagai dari cyber cafe, dobi, kiosk hinggalah kepada pengurusan majlis, IT, produk musik. Saya mengharapkan agar UniKL akan menjadi perintis dan model universiti usahawan di Malaysia. Untuk tujuan itu, program-program berorientasikan keusahawan perlu diperhebat dengan menggunakan pendekatan baru yang selari dengan keadaan semasa. Saya juga berharap agar di bawah RMK-10 nanti, dana-dana seumpama ini dapat diperluaskan lagi ke IPTA seluruh negara.

Sekian, terima kasih.

8 Respons to "UniKL model universiti usahawan pertama di Malaysia"

Assallamualaikum wbr Dato’ Saifuddin,
Tertarik dengan pendekatan Dato’ ingin menjadikan UniKL sebagai universiti usahawan. Ingin saya memberikan cadangan bagi menjayakan rancangan ini , kita mestilah menyediakan tenaga pengajar yang mempunyai “business minded”, bagi menyemarakkan semangat pelajar untuk berusaha dan menceburi dunia perniagaan. Cadangan saya:-

1) Mengambil tenaga pengajar dari sektor perkilangan yang telah mengambil VSS (banyak MNC). Mereka ini mestilah berpangkat executive dibahagian management atau kejuruteraan.

2) Melantik ahli perniagaan atau syarikat yang bejaya dalam bidang perniagaan masing2 untuk menjadi panel, mentor atau rakan niaga dalam setiap program keusahawanan.

3) Melantik satu syarikat yang akan menjalankan “URUS KEMAS” atau correct management untuk membantu pelajar untuk menjalankan perniagaan sendiri.

4) Membuat program realiti bagi pelajar UniKL dalam menjayakan perniagaan masing-masing dalam tempuh 1 tahun.

5) Mewujudkan sistem Francais yang sesuai bagi pelajar UniKL untuk berniaga di kampus IPTA dan IPTS seperti kejuruteraan automotive dengan membuka bengkel motosikal untuk membuat servis dan maintenance didalam kawasan kampus.

6) Melaksanakan satu perniagaan “menjual Malaysia” dimata dunia melalui internet yang diselenggarakan oleh pelajar UniKL.

Mungkin cadangan diatas sudah pun didalam perancangan Dato’. namun demikian saya mendapat kepuasan apabila menyuarakan idea tersebut mengikut apa yang saya fikirkan demi memajukan anak bangsa Malaysia yang cerdik pandai. Kita perlu memberikan mereka peluang dan bimbangan agar bangsa Malaysia menjadi bangsa yang terbaik di dunia, InsyaAllah.

With best Regards,
IJA

Satu cadangan yang sangat baik , kita perlu ada usahawan yang memang belajar secara formal bidang ini. Walau apa bidang perniagaan yang kitai ingin ceburi baik dari cuma jadi penjaja pasar malam atau perniagaan import eksportperlu ada pengetahuan . Bidang ini tak boleh dipandang remah kerana semua tahu ia memang memberi sumber pendapatan berkali kali ganda berbanding dgn makan gaji. Saya dengar dan saya congak , seorang perniaga pasar malam mampu menjadi jutawan kalau kena gayanya.

Tahniah, Dato dilantik semula ka jawatan Timbalan Menteri di KPT. Semoga Dato dapat membawa sebuah universiti ke daerah Tloh kita ini. Terima kaseh dan selamat maju jaya

ASM,

Langkah kerajaan untuk memansuhkan MECD dan seterusnya menyerapkan MARA, UniKL dan lain-lain dalam kementerian lain adalah sesuatu yang saya kurang fahami.

Saya rasa dengan cara ini semakin ramai orang Melayu yang keliru dengan sikap pemimpinnya yang tidak langsung mengambil berat kemajuan kaumnya sendiri.

Langkah memasukan UniKL kedalam MOHE ini adalah langkah ke belakang. Sepatutnya MOHE dan MOE itu yang disatukan. Saya tidak lihat perlunya dua kementerian untuk pengajian rendah dan pengajian tinggi.

Kita selalu sangat suka merosakan sesuatu yang berjaya manakala yang tidak berjaya dan lembab diteruskan. Patutlah sokongan orang Melayu pada UMNO bertambah berkurang.

MARA adalah kejayaan orang Melayu, UniKL adalah lambang ketulusan perjuangan membela pendidikan orang Melayu. MARA berjaya melahirkan MRSM, IKM, UniKL dn lain-lain. Kejayaan-kejayaan ini hanya tinggal sejarah apabila dicantas oleh pemimpin Melayu yang tidak ada visi.

Sistem pendidikan UniKL adalah bersifat hands on, skill dan amat sesuai untuk late bloomers selain menaikan orang Melayu menjadi usahawan.

Saya ingin tahu siapakan penasihat Perdana Menteri yang memecahkan semua ini. Jika Alllayarham Tun Razak masih hidup, beliau pasti tidak akan mengampunkan mereka ini.

tertarik dengan menyatakan unikl akan menjadi universit usahawan yang pertama,saya sangat setuju,biarlah unikl akan menjadi universiti yang pertama yang akan mengeluarkan siswa yang berproduk tinggi menjadi seorang usahawan yang berkualiti yang mampu bersaing dengan dunia global sekarang ini.

Assalamualaikum Datuk…

saya seorang pelajar disalah sebuah kampus UNIKL, anak rakyat biasa. dan saya tak bersetuju sekiranya UNIKL diserap dalam KPT. Kerana ianya akan menjadi seperti nasib UiTM di mana hak bumiputera semakin terhakis. Yang menjadi persoalan dalam pemikiran saya ialah: Apa akan jadi dengan kuota bumiputera? apa jadi dengan sistem pembelajaran kami yang lebih berorientasikan kemahiran teknikal dari teori? apa jadi dengan status policy pinjaman pelajaran MARA kami?

UNIKL dimiliki oleh MARA. sekiranya UNIKL jadi IPTA. Bagaimana dengan kelayakan nak masuk UNIKL? Sudah pasti jadi semakin susah. Bagaimana nak tolong orang kita? sebelum ini UNIKL ditubuhkan untuk membantu anak kaum bumiputera, ditubuhkan setelah UiTM di ambil alih oleh KPT.

cara pembelajaran di UNIKL is more to technical skill, tak sama dengan pembelajaran secara teori yg diamalkan di IPTA. apa jadi dengan nasib kaum bumiputera? apa nasib pelajar yang tidak cemerlang pelajaran berasaskan teori (kene hafal teori dan buku sahaja) , tetapi lebih cemerlang dari segi kemahiran teknikal? sekarang ini skim pemarkahan di UNIKL adalah 60% coursework (dinilai sepanjang semseter pengajian), dan 40% teori exam (peperiksaan di akhir semester)
tapi di IPTA, 40% coursework, dan 60% teori exam.

Graduate UNIKL lebih mudah mendapat pekerjaan kerana kami memenuhi kehendak pekerjaan di mana kemahiran teknikal kami lebih baik berbanding pelajar yang belajar berdasarkan konsep teori sahaja. Saya harap skim pemarkahan ini tidak akan berubah kerana tidak semua pelajar yg cemerlang dalam bidang teori sahaja. Kebanyakan pelajar yg tidak cemerlang sewaktu SPM (belajar berdasarkan teori), masuk dalam UNIKL, lebih berjaya kerana UNIKL menyediakan peluang bagi pelajar yang berkemahiran tinggi dari segi teknikal.

Kemudian sekiranya menjadi IPTA, pelajar bumiputera tak dapat lagi menikmati pinjaman pelajaran drpd MARA. mesti jadi seperti IPTA di mana pinjaman pelajaran hanya pada PTPTN(yang cekik darah). Saya merupakan seorang peminjam pelajaran MARA. apa akan jadi dengan policy pinjaman kami?

kenapa perlu satu persatu hak bumiputera di ganggu gugat? yang jadi mangsa adalah kami pihak yang berada di bawah. Pihak yang akan mengalami perkara sebenar.

UNIKL adalah Universiti Teknikal MARA. hak milik bumiputera.

Ini lagu UNIKL:

Universiti Kuala Lumpur
Mercu tanda kejayaan MARA
Nakhoda kemajuan siswa-siswi
Mahir, inovatif, berdikari

Universiti Kuala Lumpur
Pusat ilmuan teknikal kita
Nakhoda kemajuan teknologi
Di lautan, di daratan
dan di langit tinggi

Universiti Kuala Lumpur
Pelopor teknologi terkini
Nakhoda kemajuan negara kita
Unggul di mata dunia

Universiti Kuala Lumpur

Saya harap pihak KPT perlu buat survey pada semua warga UNIKL (pelajar dan pendidik) dan mengambil kira respon kami terhadap perkara ini. jangan menafikan hak kami. UNIKL ditubuhkan untuk menjadi universiti usahawan bumiputera. sudahla di sektor pekerjaan swasta kaum2 lain menindas kaum bumiputera walaupun kami berkelayakan. ini dari segi pendidikan pun kami akan ditindas. Janganlah pemimpin asyik berpolitik sahaja, sehingga yang menjadi mangsa rakyat biasa.

saya harap matlamat uniKL untuk lahirkan ramai lagi technologist tak berkecai. kerana sistem di UNIKL tidak sama dengan sistem universiti di IPTA.

truly,
Sofea

Salam

Im one of the student from UNIKL and totally disagree with the decision to convert Unikl from IPTS to IPTA.

Mana perginya hak unikl sebagai sebuah intitusi di bawah mara?kesian new intake yang sememangnya nanti tak akan merasa pinjaman mara,about the entrepreneurship thing,rasanya sekarang nie dah bagus di Unikl,Mara akan bantu student-student di bawah naungannya,if UnikL jadi IPTA,totally bawah kerajaan,rasanya kitorang akan dapat lagi ke kelebihan yang kitorang rasa sekarang di bawah MARA?totally disagree..

Salam dato,

Dari Pandangan Politik, Perlukah UniKL yang sebelum ini di bawah MARA diletakkan di Kementerian Pengajian Tinggi?

Ada yang berpendapat UniKL merupakan satu Universirti Swasta?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mac 2009
M T W T F S S
« Feb   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos
%d bloggers like this: