Saifuddin Abdullah

Archive for Februari 2009

Saya gembira dengan penubuhan Majlis Masyarakat Sivil di Perak oleh kerajaan Barisan Nasional. Dato Zambri Abdul Kadir telah mengambil langkah yang tepat dalam suasana politik sekarang. Saya berharap rakyat Perak akan sama-sama menjayakan hasrat murni ini.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak telah mendapat mandat dan perkenan Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan baru mengikut lunas undang-undang yang sah. Apapun situasinya, adalah penting untuk kerajaan BN Perak menginsafi kedudukannya yang begitu “fragile” kini. Dengan jumlah kerusi yang sama dengan Pakatan Rakyat dan hanya dibezakan dengan sokongan tiga ADUN Bebas, BN Perak menggalas tugas yang amat berat. BN Perak sudah memenangi majoriti sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun, pada saya, apa yang lebih penting sekarang adalah untuk memenangi Dewan Hati Rakyat.

Sebelum itu, Majlis Tertinggi UMNO perlu merumuskan status ahli DUN BN yang telah melompat semula ke dalam parti. Ini adalah soal integriti seorang ahli politik. Kajian telah menunjukkan betapa pengundi menilai calon dari aspek 60% pada integritinya dan 40% pada parti yang diwakilinya. Sekiranya rumusan ini tidak dibuat, ramai yang bakal mempersoalkan integriti parti. Ada yang akan mendakwa, mereka yang digantung atau dibuang parti, tidaklah melakukan “dosa” yang terlalu berat, sedangkan yang melompat diterima dengan mudah tanpa sebarang hukuman.

Kerajaan BN telah membuat keputusan yang tepat apabila melantik YB Datuk Dr Zambri Abdul Kadir sebagai MB Perak yang baru. Beliau adalah seorang ilmuan dan saya yakin dengan keupayaan beliau meneraju kerajaan negeri Perak. Kerajaan BN Perak tidak boleh melakukan dasar yang bersifat incremental atau peacemeal lagi tetapi satu lompatan saujana dari segi dasar.

Sekiranya saya diberi peluang mencadangkan perubahan yang boleh dibuat oleh MB Perak yang baru, saya ingin melihat beliau melaksanakan kerangka governans baru. Saya cadangkan Datuk Dr Zambri mewujudkan Jawatankuasa yang terdiri dari masyarakat sivil dan sektor perniagaan di bawah Dewan Undangan Negeri. Kita perlu sedar bahawa kekadang rakyat itu lebih arif dari orang politik. Orang politik itu kebetulannya terpilih dan menang pilihanraya. Inilah masanya untuk kita buktikan BN sentiasa menghormati pandangan rakyat. Janganlah ahli-ahli PBT itu hanya didominasi oleh orang-orang politik sahaja. Ini penting untuk memikat hati rakyat Perak.

Saifuddin Abdullah

Alhamdulillah, saya diberitahu oleh Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bahawa buku terbaru saya bakal dicetak untuk kali kedua. Saya dimaklumkan juga untuk cetakan pertama,sejumlah 4000 buku telah dicetak dan sedang mendapat sambutan yang cukup positif dari orang ramai.

Universiti Utara Malaysia juga menjadikan buku ini sebagai rujukan pelajar Politik Pembangunan. Saya akan membuat ulasan buku ini di hadapan pelajar-pelajar Fakulti Undang-Undang pada 12 Februari 2009 ini. Lebih bermakna, apabila YAB Tun Abdul Hamid Mohammad, mantan Ketua Hakim negara pun telah bersetuju untuk sama-sama membuat ulasan berkaitan buku tersebut pada tarikh itu nanti.

Terima kasih atas sokongan padu saudara-saudari sekalian.

Saifuddin Abdullah

Misi kementerian sekarang bukan sekadar melahirkan MRSM yang cemerlang akademiknya, tetapi mencipta watak pada setiap MRSM yang diwujudkan. Jika MRSM Kota Putera kini digelar MRSM Ulul Albab, kita mahu MRSM yang lain juga mencipta watak tersendiri, contohnya mungkin MRSM Kuala Terengganu, oleh kerana ia merupakan antara 3 MRSM yang mempunyai kemudahan kolam renang dan dekat dengan laut,maka MRSM ini terkenal dengan identiti berkaitan bidang laut. Dalam tradisi sekolah-sekolah yang terkenal di seluruh dunia, termasuklah beberapa buah sekolah elit di Malaysia, watak sekolah tersebut mengangkat keupayaan pelajarnya untuk menjadi pelajar yang berkebolehan dan menjadi aset kepada negara.

Pada 18 Februari ini, saya akan umumkan Budaya Debat di semua MRSM sebagai galakan untuk menggunakan disiplin debat sebagai kaedah mencari ilmu. Dalam bidang akademik, kita mahu melihat kepada amalan terbaik dunia. Misalnya, Eton College, UK tidak ternama kerana keupayaan melahirkan berapa banyak pelajar “straight A’s”, tetapi kerana telah melahirkan 14 orang perdana menteri UK termasuk Abhisit, Perdana Menteri Thailand termuda sekarang. Sekurangnya ada seorang pelajar MRSM yang dapat belajar di universiti 10 terbaik di dunia. Untuk UNIKL pula, kita mahu UNIKL masuk dalam kedudukan universiti terbaik di dunia. Tetapi UNIKL tidak perlu bersaing dengan Universiti Harvard atau Cambridge kerana UNIKL adalah universiti kemahiran. Kita mahu UNIKL bersaing dengan universiti yang sama orientasinya. Dengan lompatan saujana ini, kita bakal melihat kualiti pendidikan dan produk yang dilahirkan dapat digandakan!

-Perjumpaan Bersama Pelajar Dan Pensyarah Kolej Profesional Mara, Melaka Pada 2 Februari 2009


Februari 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos