Saifuddin Abdullah

Archive for September 2008

Saya merujuk manifesto Dato Chua Jui Meng yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 29 September 2008. Saya menyelar manifesto beliau bagi bertanding Presiden MCA yang mencadangkan satu daripada dua strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu menyusun semula masyarakat dikaji semula dan hanya mengekalkan strategi membasmi kemiskinan.

Strategi menyusun semula masyarakat perlu diteruskan memandangkan kaum bumiputera masih lagi jauh tertinggal. Saya mengambil contoh beberapa indikator penting ekonomi bagi menyokong pandangan saya; Pertamanya, dalam pemilikan ekuiti bumiputera dalam perniagaan hanya mencecah 19.3%, masih jauh dari sasaran DEB iaitu 30%. Kedua, jurang pendapatan antara kaum juga masih besar dan pendapatan kaum bumiputera adalah yang paling rendah sedangkan mereka adalah kaum majoriti. Ketiga, dalam dunia keusahawanan pun,penglibatan bumiputera adalah masih pada paras terendah.

Justeru, saya mendesak Dato CJM menarik balik kenyataan beliau atas dasar tanpa strategi penyusunan masyarakat, maka ia bukan lagi DEB. Dengan kata lain, saya anggap kenyataan beliau seolah-olah secara halus ingin menghapuskan DEB.

SAIFUDDIN ABDULLAH

Saya akan berangkat ke Kota Singa pada 29 September 2008 ini untuk mengetuai delegasi Malaysia ke pertandingan SIFE World Cup 2008 yang bakal berlangsung  pada 1 – 3 Oktober 2008 bertempat di Suntec Singapore International Convention & Exhibition Center. Kejohanan SIFE World Cup 2008 di Singapura ini bakal menghimpunkan lebih 1,500 orang pelajar dan lebih 400 tokoh korporat dari syarikat-syarikat Fortune 500 serata dunia.

Pada kali ini, Malaysia akan diwakili oleh pasukan SIFE Universiti Teknologi MARA dibarisi oleh 24 orang peserta. Penekanan SIFE terhadap aspek “social entrepreneurship” menerusi pelaksanaan projek-projek yang membantu komuniti setempat memperbaiki kedudukan sosio ekonomi melalui penglibatan di dalam bidang keusahawanan terutamanya “home based micro business” adalah selari dengan agenda MECD untuk melahirkan ramai usahawan khususnya di kalangan Bumiputera.

Selain UiTM, delegasi SIFE Malaysia turut disertai oleh pasukan SIFE dari Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Multimedia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Teknologi Petronas, University of Nottingham Malaysia dan Universiti Tun Abdul Razak selaku pasukan pemerhati. Jumlah anggota delegasi hampir 90 orang, penyertaan paling besar sepanjang 8 tahun kejohanan diadakan.

MECD bercadang untuk membawa kejohanan SIFE World Cup ke Kuala Lumpur, sebagai tuan rumah pada tahun 2010 selepas bandaraya Berlin pada 2009. SIFE World Cup merupakan di antara platform terbaik untuk membina jaringan hubungan di kalangan institusi pengajian tinggi dari seluruh dunia dengan dunia perniagaan.Lebih 400 tokoh korporat dari syarikat-syarikat ternama dunia seperti Wal Mart, Goldman Sachs KPMG, AIG, Unilever, HSBC, Dell, Brambles, Campbell’s, Metro Group dan sebagainya. Syarikat-syarikat utama negara juga akan membantu untuk menjana dana peruntukan bagi penganjuran SIFE World Cup 2010 di Kuala Lumpur.

SIFE Malaysia telah mencatat beberapa kejayaan di arena antarabangsa seperti menjadi Finalis di Kejohanan SIFE World Cup 2001 (London), 2004 (Barcelona) dan 2006 (Paris). Pada tahun 2003, SIFE Malaysia telah menjadi Naib Juara Kejohanan SIFE World Cup di Frankfurt, Jerman.

Saya berharap agar pertemuan saya dengan pengerusi SIFE International untuk menyampaikan hasrat Malaysia menjadi tuan rumah akan berjalan lancar. Saya optimis bahawa permohonan Malaysia tidak akan mendapat halangan daripada pihak SIFE International memandangkan kemudahan dan prasarana yang sedia ada di Malaysia memiliki taraf antarabangsa.

Saifuddin Abdullah

berbuka puasa bersama wakil agensi MECD dan ahli MADUM

berbuka puasa bersama wakil agensi MECD dan ahli MADUM

Perlantikan Alumni Debat IPT Malaysia (ADI) satu penghormatan

 

Saya merakamkan penghargaan buat teman-teman dari Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM), saudara Nazru, Nazri, Khair dan ramai lagi atas penghormatan memilih saya sebagai penaung pertama ADI. Saya juga gembira melihat komitmen alumni yang sanggp turun dari segenap pelusuk termasuklah dari Sabah untuk menghadiri majlis pelancaran ADI semalam.

 

We debate not for the sake of debating. Debate shall be perceived as a training ground to produce quality leaders and well-informed society. Dalam ucapan saya semalam, saya sempat lontarkan pandangan Christopher Lasch dalam karyanya “The Revolt of Elites and the Betrayal of Democracy” yang menyatakan berlakunya apa yang disifatkan sebagai penyakit demokrasi adalah apabila berlakunya fenomena `the lost art of argument`.

 

Di Malaysia sendiri kita dapat lihat isu-isu besar negara seperti harga minyak, peralihan kuasa dan isu undang-undang tidak dibahaskan dengan prinsip-prinsip debat yang betul. Apa yang disebut sebagai moral reasoning itu tidak wujud di kalangan sesetengah yang melontarkan idea dan pandangan.

 

Saya berharap ADI akan mejadi juara dalam membudayakan debat dalam masyarakat Malaysia kea rah melahirkan demokrasi yang matang di Malaysia yang tercinta.

Sekali lagi senario politik tempatan cuba digoncang oleh Dato Seri Anwar Ibrahim lantaran gesaan mengadakan sidang khas membincangkan usul tidak percaya terhadap YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan BN. Kali ini sekali lagi DSAI menggunakan satu tarikh khusus kononnya sebagai “dateline” untuk Pakatan Rakyat bertindak. Selepas gagal melangsaikan janji membentuk kerajaan pada 16 September 2008, kepingin DSAI untuk menaiki takhta menjadi Perdana Menteri nampaknya masih belum pudar.

 

Saya melihat gesaan tersebut sebagai satu lagi helah politik beliau untuk mengaburi mata rakyat dan mengalihkan tumpuan semua daripada kegagalan misi 16 September. Beliau gagal menunjukkan alasan-alasan yang benar-benar kukuh untuk sidang khas diadakan sebaliknya hanya mendendangkan lagu-lagu lama dengan harapan rakyat sewenangnya dilenakan. Taktik-taktik beliau mutakhir ini sudah tidak lagi mengendahkan kesannya kepada keamanan dan perpaduan serta kedudukan ekonomi negara.

 

Parlimen berehat pada bulan Ramadhan yang mulia ini dan dijadualkan untuk bersidang semula pada 13 Oktober 2008. Dalam Islam pun, kita dianjurkan berdamai dan mengelakkan perbalahan sesama kita apatah lagi di bulan mulia ini. Pada analisa akhirnya, demokrasi yang matang itu lahirnya bukan dari kebebasan bersuara yang tiada sempadannya, namun dari hormatnya kepada kerajaan yang telah diber mandat oleh suara yang bebas itu.

Saya telah membuat kenyataan media ketika di program Rahmat Ramadhan Bersama Ahli Parlimen Temerloh anjuran Seranta Felda bersama Felda Wilayah Pahang Barat dan Felda Bukit Damar di Masjid Felda Bukit Damar pada 13 September 2008. Sebagai Ahli Parlimen Temerloh, saya tegaskan bahawa tumpuan utama saya di kawasan Felda dalam Parlimen Temerloh iaitu Bukit Damar dan Lakum, iaitu pembangunan generasi ke-2 di Felda. Dua program utama akan diadakan dengan kerjasama Felda iaitu pertama; meningkatkan prestasi akademik anak-anak Felda melalui memperkasa guru-guru, motivasi pelajar dan ibubapa; keduanya; menggalakkan belia dan remaja ke masjid melalui program seperti seminar pelajaran dan perlawanan sukan yang dianjurkan oleh pihak masjid. Saya akan menyediakan peruntukan kewangan dan berharap Felda dapat mencadangkan pengisian program-program tersebut.

 

-Saifuddin Abdullah-

Sejak lebih sedekad saya menyatakan kita perlu melakukan perubahan untuk mewujudkan politik baru, iaitu demokrasi yang lebih matang. Dalam parti seperti UMNO, ahli-ahli akar umbi mempunyai tiga permintaan utama; mereka mahu suaranya didengar, peranannya diiktiraf dan isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasi mereka. Demokrasi matang bermakna ahli-ahli berpartisipasi dengan penuh dan aktif termasuk dalam membuat keputusan. Dalam konteks ini, kenyataan Dato Seri Najib supaya bahagian-bahagian UMNO menilai keputusan peralihan kuasa yang telah dibuat oleh Majlis Tertinggi adalah tepat dan perlu disokong. Ia adalah penghakupayaan (empowerment) ahli-ahli UMNO, iaitu satu langkah utama ke arah perubahan UMNO bagi mewujudkan politik baru dan demokrasi lebih matang.

(Kenyataan media Dato Saifuddin Abdullah, Naib ketua UMNO Temerloh)

Saya menerima banyak panggilan daripada kaum Cina dalam kawasan Parlimen Temerloh yang amat terkilan dengan kenyataan Ahmad Ismai yang dibuat sewaktu kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang pauh yang lalu. Saya berpendapat setelah 51 tahun kita merdeka, kita tidak patut lagi mengungkit soal kerakyatan. Kita perlu menjaga keharmonian dan perpaduan yang sedia ada. Kita boleh mmperjuangkan kepentingan bangsa masing-masing tetapi jangan sesekali menjejaskan perpaduan di Negara ini. Kenyataan Ahmad tidak sepatutnya dibuat. Saya harap beliau tidak akan mengeruhkan lagi suasana. Sebaiknya beliau mengikut teladan Dato seri najib dan meminta maaf serta jangan meyusahkan Perdana Menteri lagi.


September 2008
I S R K J S A
« Ogo   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930