Saifuddin Abdullah

Archive for Ogos 2008

Jimadie Shah Othman | Aug 28, 08 7:16pm

 

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub akan bertembung dengan timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah dalam dialog mendebatkan beberapa seksyen kontroversi rang pindaan Akta Unversiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang kini sedang dibentangkan di Dewan Rakyat.

 

Dialog membincangkan akta itu yang turut disertai seorang lagi ahli parlimen Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) diadakan esok di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

 

Seorang wakil persatuan pelajar Mohd Saifullah Mohd Zulkifli juga membentangkan hujahnya di majlis itu yang dimulakan jam 8 malam di auditorium utama universiti itu.

 

Dialog itu selama 90 minit itu terbuka kepada umum, kata jurucakap penganjurnya Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin hari ini.

 

Beliau berkata, program itu dianjurkan bertujuan membuka mata lebih ramai pelajar yang tidak mengikut dengan dekat rang undang-undang tersebut.

 

“Kami fikir ini masa yang sesuai mengadakan forum sebegini kerana parlimen akan membahaskan cadangan pindaan akta ini,” katanya.

 

“Kami ingin menunjukkan, mahasiswa bukan kerja berdemonstrasi saja (terhadap AUKU) tetapi juga boleh membincangkan sesuatu secara ilmiah dan tidak partisan.”

 

Penganjur, tambah Ahmad Fahmi, bercadang merumuskan resolusi mahasiswa berhubung pindaan itu selepas mendengar pandangan tiga ahli parlimen itu dan juga wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

 

“Kami juga bercadang mengedarkan resolusi kepada semua ahli parlimen supaya mereka menyuarakan pandangan kami di Parlimen,” katanya.

 

Program itu anjuran bersama jawatankuasa tindakan kolej kediaman as-Siddiq dengan kerjasama Kelab Intelektual Muda (IYC) dan sekretariat penyelidikan Persatuan Ekonomi UIA.

bersama penulis Ekuinoks

bersama penulis Ekuinoks

Saya gembira dapat bertemu saudara Azizi Ali, junior saya di Malay College sewaktu pelancaran novel pertama beliau, Ekuinoks di MPH Bookstore, Jumaat lalu. Azizi yang saya kenal adalah seorang ‘critic’ di sekolah. Pernah satu ketika, beliau mempersoalkan tentang proses pemilihan badan pengawas di sekolah dan saya pasti tidak akan lupa waktu itu.

Hari ini Azizi yang lebih dikenali sebagai motivator kewangan, melangkah setapak lagi. Bidang penulisan Novel. Dalam himpitan jadual yang agak sibuk, saya sempat menelaah karya terbaru Azizi Ali ini. Kisahnya diadun dengan tema cinta, suspen dan dendam. Ekuinoks lebih menarik apabila berlatarbelakangkan peristiwa sejarah. Ekuinoks bukan kisah cinta yang tipikal dan longlai. Ekuinoks disuntik dengan nilai estetika yang segar dengan laras bahasa yang “appeal” kepada banyak golongan.

Di Malaysia, masyarakat kita masih kurang menghargai nilai estetika. Kita masih belum mencintai seni secara ilmu. We have yet to appreciate the art in an educated manner. Sejarah membuktikan betapa tamadun itu kukuh berdiri apabila masyarakatnya menghargai dan menghayati nilai estetika hatta penduduk Amerika Syarikat pun.

Ekuinoks amat sesuai dibaca oleh golongan muda terutamanya dijadikan rujukan bagi matapelajaran sejarah di sekolah-sekolah kerana Ekuinoks bercerita tentang kritik sosial dan sejarah negara dengan cara dan stail Malaysia.

Anwar says the courts are not going to be fair to him; he also says the police and the Attorney General are bias; DNA will be manipulated. In other words nobody is to be trusted. So Saiful says “let us swear in the name of God and allow God to be the judge”. To this Anwar also says “No”. What is Anwar trying to prove? If he does not believe in humans we can understand but not wanting God to be judged is questionable as a Muslim!

Question is: What is he scared of?

mengedarkan jalur gemilang kepada pengguna lebuhraya

mengedarkan jalur gemilang kepada pengguna lebuhraya

Sewaktu pelancaran kibar jalur gemilang anjuran Majlis Belia Negeri Pulau Pinang di Plaza tol bke Permatang Pauh saya telah mengutarakan kepada pihak media betapa saya mengutuk tindakan segelintir bloggers yang mencanangkan melalui penulisan maya agar bendera jalur gemilang dikibar terbalik sebagai lambang keberantakan politik dan ketidaktentuan ekonomi negara saat ini. Tindakan sebegini pada saya adalah biadap dan tidak bertanggungjawab. Ia tidak akan menyelesaikan apa-apa jua masalah malahan boleh memberi tanggapan buruk terhadap Malaysia. Lantas saya berpandangan agar satu undang-undang khas perlu diwujudkan bagi melindungi lambang-lambang kedaulatan negara ini daripada dipermainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Hukuman yang berat perlu dikenakan melalui akta tersebut.

Hari ini saya ditemani YB Chua Boon Seng, ADUN Mentakab telah melawat pasar Mentakab pada jam 9 pagi. Saya telah menyuarakan bagi pihak penduduk tempatan tiga isu utama untuk perhatian serius YDP Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

1. Bilik Solat – Meskipun saya telah tuntut disediakan sejak dari Mac 2008, namun dukacitanya belum disiapkan. Malahan, tempat yang dicadangkan oleh MPT untuk membina bilik solat juga tidak sesuai. Dalam lawatan ini, saya telah kenalpasti lokasi yang sesuai untuk penduduk yang beragama Islam beribadah.

2. 10 keping penutup longkang belum diganti. Ini juga satu lagi isu yang lapuk. Lebih menyedihkan, sudah terdapat satu kes yang melibatkan seorang wanita tua terjatuh ke dalam longkang dan patah kaki.

3. Saya juga menuntut agar pihak MPT membatalkan hasrat untuk membuat kutipan parkir di kawasan pasar tersebut. Rata-rata, kebanyakan yang datang setiap hari ke pasar tersebut adalah mereka yang berpendapatan rendah dan situasi ini bakal membebankan penduduk setempat. Lagipun, kutipan untuk beberapa jam hanya untuk beberapa hari dalam seminggu oleh MPT ini tidak akan membuatkan MPT menjadi kaya.

17 OGOS 2008
SAIFUDDIN ABDULLAH

Kenyataan saya telah disiarkan di beberapa akhbar utama tempatan awal minggu ini. Saya telah nyatakan betapa dalam keghairahan umum khususnya Orang Melayu yang beragama Islam menempelak tindakan tidak bertanggungjawab Majlis Peguam, kita terlupa akan hakikat betapa perlembagaan telah meletakkan raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negara ini.

Apajua langkah yang bakal diambil oleh kerajaan, saya menyeru agar Majlis Raja-Raja dirujuk demi menghormati kitab kanun tertinggi negara dan lebih penting iaitu institusi beraja. Kepada Majlis Peguam, saya menuntut agar kalian perlu lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam membincangkan “isu-isu sensitif” sebegini. Saya percaya sejarah cukup mengajar kita.

 

Saya telah hebahkan pelancaran Komuniti Usahawan Muda Ahad lalu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Saya juga telah menyatakan alasan untuk melancarkan komuniti ini ketika mana pelan induknya belum disudahkan. Saya mahu YEFC digerakkan oleh komuniti usahawan muda sendiri untuk kebaikan mereka sendiri. MECD hanya menyediakan platform untuk membantu dan bertindak sebagai pemudah cara. Saya mahu lari dari status quo di mana MECD banyak merangka dan melaksana program dan usahawan hanya menjadi kumpulan sasar dan kadang kala tersasar.

Interaksi berkesan : Masih kedengaran rungutan bahawa aduan dan cadangan dari orang awam hanya terhenti di peringkat pegawai dan tidak sampai pun kepada mereka yang di atas. Saya merasakan selagi kerangka pemikiran kita masih dibelenggu dengan konsep hierarki, maka hasrat Perdana Menteri untuk mewujudkan system penyampaian yang lebih baik tidak akan kesampaian. Lantas, YEFC adalah inisiatif untuk merobohkan kongkongan birokrasi dan terus menghubungkan orang awam dengan “pihak atasan”. Dalam YEFC, komuniti usahawan boleh terus berinteraksi dengan saya dan dengan kepantasan teknologi, saya percaya ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

Usahasama tulen : YEFC adalah medan untuk usahawan muda berkongsi pendapat dan pengetahuan tentang perniagaan. Saya melihat untuk berjaya dalam perniagaan, seseorang usahawan perlu belajar daripada pengalaman usahawan lain. Di sini, mereka boleh berinteraksi sesame sendiri melalui ruangan “chatting”. Mereka juga boleh menghebahkan perkembangan terbaru perniagaan mereka sambil mempromosikan produk perniagaan masing-masing.

Ilmu permiagaan : Dalam apa jua perniagaan, ilmu pengetahuan begitu penting. Usahawan yang berilmu akan boleh terus bertahan dalam perniagaan. Di MECD, kita ada Pusat Bimbingan Usahawan (PBUN) yang menyediakan khidmat nasihat kepada usahawan-usahawan. Saya lihat YEFC adalah antara saluran tepat para usahawan untuk mendapatkan nasihat dan kaunseling perniagaan.

Komuniti ini bakal disertai oleh usahawan-usahawan muda tanpa mengira latar belakang pendidikan, bangsa dan usia. Pun begitu, YEFC meletakkan kumpulan sasaran ahli berumur dari 15-40 tahun. Tidak bermakna kumpulan usia yang lain tidak boleh menyertai usahawan muda kerana bagi saya muda dalam konteks usahawan adalah dari segi pengalaman dan semangat bukannya faktor usia.

YEFC adalah perjuangan dari usahawan muda kepada usahawan muda untuk usahawan muda.


Ogos 2008
I S R K J S A
    Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031