Saifuddin Abdullah

Lompatan Saujana Dalam Bidang Pendidikan

Posted on: Februari 2, 2009

Misi kementerian sekarang bukan sekadar melahirkan MRSM yang cemerlang akademiknya, tetapi mencipta watak pada setiap MRSM yang diwujudkan. Jika MRSM Kota Putera kini digelar MRSM Ulul Albab, kita mahu MRSM yang lain juga mencipta watak tersendiri, contohnya mungkin MRSM Kuala Terengganu, oleh kerana ia merupakan antara 3 MRSM yang mempunyai kemudahan kolam renang dan dekat dengan laut,maka MRSM ini terkenal dengan identiti berkaitan bidang laut. Dalam tradisi sekolah-sekolah yang terkenal di seluruh dunia, termasuklah beberapa buah sekolah elit di Malaysia, watak sekolah tersebut mengangkat keupayaan pelajarnya untuk menjadi pelajar yang berkebolehan dan menjadi aset kepada negara.

Pada 18 Februari ini, saya akan umumkan Budaya Debat di semua MRSM sebagai galakan untuk menggunakan disiplin debat sebagai kaedah mencari ilmu. Dalam bidang akademik, kita mahu melihat kepada amalan terbaik dunia. Misalnya, Eton College, UK tidak ternama kerana keupayaan melahirkan berapa banyak pelajar “straight A’s”, tetapi kerana telah melahirkan 14 orang perdana menteri UK termasuk Abhisit, Perdana Menteri Thailand termuda sekarang. Sekurangnya ada seorang pelajar MRSM yang dapat belajar di universiti 10 terbaik di dunia. Untuk UNIKL pula, kita mahu UNIKL masuk dalam kedudukan universiti terbaik di dunia. Tetapi UNIKL tidak perlu bersaing dengan Universiti Harvard atau Cambridge kerana UNIKL adalah universiti kemahiran. Kita mahu UNIKL bersaing dengan universiti yang sama orientasinya. Dengan lompatan saujana ini, kita bakal melihat kualiti pendidikan dan produk yang dilahirkan dapat digandakan!

-Perjumpaan Bersama Pelajar Dan Pensyarah Kolej Profesional Mara, Melaka Pada 2 Februari 2009

4 Respons to "Lompatan Saujana Dalam Bidang Pendidikan"

Anak saya baru sahaja mendapat tawaran belajar di MRSM dalam ting. 4 , saya harap anak saya dapat menfaatkan segala ilmu yang diberi sana , bukan sahaja menjadi seorang yang berilmu malah mempunyai jati diri yang teguh.

saya merupakan pelajar di sebuah kolej mara,yang juga merupakan salah satu institusi dibawah kementerian tuan.apa yg saya dapati adalah layanan trhdp pelajar di sini adalah seperti di sekolah dan tidak selari dgn status kami sebagai pelajar persediaan.malahan di sini waktu pembelajaran dsebut sbg waktu persekolahan.saya amat mghrp keluhan saya merangkap pelajar kolej mara akan dberi perhatian oleh pihak tuan.dharap dpt mndengar lebih lanjut dr tuan.sekian,terima kasih

Our education system has been tainted with so much political influence. it is not healthy for the future of this country. Pls put aside the political agenda from education. For the leaders, just once, we all Malaysians beg for, do not cuse education to streghthen your power but use power to strenghthen th education.

Seperti dalam blog TDM, saya dalam kategeri Orang Ulu, terletak di Negeri Kedah. Bertugas dengan kerajaan untuk memakmurkan sebahagian besar penduduk negeri kedah dan perlis.

Saya tertarik dan berminat apa yang Dato’ tuliskan di atas. Ini adalah demi kemajuan dan jati diri penduduk Malaysia Masa hadapan untuk sama-sama bersaing di pasaran global.

Walaupun saya tinggal di ulu, saya tidak mampu untuk memberi sebarang kelas tusyen untuk anak saya kerana tempat tusyen terlalu jauh dari tempat tinggal kami. Anak saya hanya mendapat pendidikan asas di sekolah sahaja (Dato’ Noh Omar biasa datang ke sekolah ini semasa kes guru memukul murid dengan kasut tumit tinggi), Anak saya hanya ke kelas dan mengulangkaji bersendirian sahaja.

Selain itu juga anak saya juga aktik dalam bidang ko kurikulom dan juga kepimpinan di peringkat sekolahnya.

Saya sentiasa memberi semangat an dorongan agar beliau memperolehi kejayaan yang cemerlang. dan selalu menceritakan tentang sokolah berasrama penuh ataupun MRSM. Beliau berusaha bersungguh-sungguh, Alhamdulillah beliau memperolehi 5A dalam UPSR.

Apabila keputusan untuk sekolah berasrama penuh dan MRSM keluar, setelah membuat semakan didapati, Harap “Maaf Anda Tidak Berjaya”.

Hati anak saya sungguh sedih, dan dia mengingatkan apa-apa yang saya pernah ceritakan dan memberi semangat kepadanya dahulu. Saya sungguh kesal, kerana apa yang saya harapkan tidak dapat dikotakan apabila beliau berjaya memperolehi keputusan 5A.

Setelah bersembang-sembang dengan kawan-kawan, ramai yang menyuruh saya menggunakan orang politik (orang UMNO) dalam usaha mencapai cita-cita anak saya. Saya rasa malas dan saya rasa amat janggal untuk meminta bantuan rakan-rakan dalam UMNO. Walaupun ada kawan-kawan saya (semasa saya aktif dalam belia dahulu) sudah jadi YB, ada yang jadi Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan lain-lain jawatan.

Saya cukup sedih mengenangkan nasib anak saya, walaupun telah berjaya tetapi masih terus belajar disekolah harian biasa.

Inilah nasib orang ulu sekarang, tidak mendapat keistimewaan seperti mana orang ulu zaman Tun Dr. Mahathir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Februari 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos
%d bloggers like this: