Saifuddin Abdullah

Kemelut Politik Perak

Posted on: Februari 8, 2009

Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak telah mendapat mandat dan perkenan Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan baru mengikut lunas undang-undang yang sah. Apapun situasinya, adalah penting untuk kerajaan BN Perak menginsafi kedudukannya yang begitu “fragile” kini. Dengan jumlah kerusi yang sama dengan Pakatan Rakyat dan hanya dibezakan dengan sokongan tiga ADUN Bebas, BN Perak menggalas tugas yang amat berat. BN Perak sudah memenangi majoriti sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun, pada saya, apa yang lebih penting sekarang adalah untuk memenangi Dewan Hati Rakyat.

Sebelum itu, Majlis Tertinggi UMNO perlu merumuskan status ahli DUN BN yang telah melompat semula ke dalam parti. Ini adalah soal integriti seorang ahli politik. Kajian telah menunjukkan betapa pengundi menilai calon dari aspek 60% pada integritinya dan 40% pada parti yang diwakilinya. Sekiranya rumusan ini tidak dibuat, ramai yang bakal mempersoalkan integriti parti. Ada yang akan mendakwa, mereka yang digantung atau dibuang parti, tidaklah melakukan “dosa” yang terlalu berat, sedangkan yang melompat diterima dengan mudah tanpa sebarang hukuman.

Kerajaan BN telah membuat keputusan yang tepat apabila melantik YB Datuk Dr Zambri Abdul Kadir sebagai MB Perak yang baru. Beliau adalah seorang ilmuan dan saya yakin dengan keupayaan beliau meneraju kerajaan negeri Perak. Kerajaan BN Perak tidak boleh melakukan dasar yang bersifat incremental atau peacemeal lagi tetapi satu lompatan saujana dari segi dasar.

Sekiranya saya diberi peluang mencadangkan perubahan yang boleh dibuat oleh MB Perak yang baru, saya ingin melihat beliau melaksanakan kerangka governans baru. Saya cadangkan Datuk Dr Zambri mewujudkan Jawatankuasa yang terdiri dari masyarakat sivil dan sektor perniagaan di bawah Dewan Undangan Negeri. Kita perlu sedar bahawa kekadang rakyat itu lebih arif dari orang politik. Orang politik itu kebetulannya terpilih dan menang pilihanraya. Inilah masanya untuk kita buktikan BN sentiasa menghormati pandangan rakyat. Janganlah ahli-ahli PBT itu hanya didominasi oleh orang-orang politik sahaja. Ini penting untuk memikat hati rakyat Perak.

Saifuddin Abdullah

8 Respons to "Kemelut Politik Perak"

salam Dato,
adakah sah dari segi Undang-undang Tubuh Negeri Perak, perlantikan Dr Zambry sebagai MB Perak yang baru?
Sedangkan MB Nizar hanya boleh di jatuhkan melalui 2 cara
1) Undi Tidak Percaya ADUN-ADUN
2) Perletakan jawatan MB Nizar

Mengapa, cara begini yang di lakukan untuk mendapat kekuasaan.
Saya tidak fikir UMNO akan di sanjung, kerana perbualan tidak rasmi saya dengan rakyat yang mengikuti perkembangan ini menunjukkan mereka meluat dengan tindakan gelojoh UMNO.

Ya, saya kurang setuju dengan tindakan lompat (walau pun idea ini di gagaskan oleh Anwar Ibraim) kerana ia bertentangan dengan etika sebagai ahli politik yang budiman, penuh dengan kebusukan idealisme sebagai seorang ahli politik.

Pada hemat saya, UMNO memikul tugas yang amat berat untuk membersihkan dirinya, tetapi tindakan UMNO di Perak menunjukkan UMNO sendiri sedang menuju ke lubang kubur.

Kenapa UMNO tidak pernah serik ?

Maaf, pandangan ikhlas saya, generasi Y.

Saya setuju pendapat Dato’ dengan perlantikan Datuk Dr. Zambri, seorang ahli ilmuan untuk memimpin Perak. Harap-harap MB baru Perak dapat membawa pembaharuan dan semangat kepimpinan yang amat diperlukan oleh BN Perak secara amnya dan BN secara keseluruhannya kerana morale BN sekarang, pada pendapat saya, berada di paras lemah, akibat kekalahan di KT baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, saya rasa cara negeri Perak ditawan oleh BN harus dipertikaikan. Adakah BN patut menerima sokongan ADUN yang sedang disiasat atas tuduhan rasuah walaupun sebagai ADUN bebas? Ini bagi saya merupakan persoalan integriti bagi BN.

Seperkara lagi, mengenai YB ADUN Bota telah flipflop parti. Bagi saya, ini merupakan satu petanda tentang sikap ADUN tersebut. Adakah BN patut menerima kembali seorang ADUN yang tidak mempunyai ‘loyalty’? Bagaimana pula dengan penyokong-penyokong beliau di Bota yang telah turut serta melompat ke PKR? Haruskah BN menerima mereka semula juga?

Ini sekadar pendapat saya sahaja.

Saya sokong sangat dengan pendapat Dato ‘, Saya tinggal di kawasan parlimen Bukit Gantang , mengapa Pas boleh menang baru baru ini , yang saya dengar mereka dah meluat dengan BN , sombong benar , tak bersungguh menjalankan tugas , even officemate saya yang Chinese pun mengundi PAS, kuasa mahu kerja tak mahu ..itu kata mereka .

Memang betul BN perlu menang dalam mengambil alih Dewan Hati Rakyat.

Oh ya..takziah kepada keluarga Allahyarham Roslan Shaharum , Adun tempat saya tinggal. Arwah memang sangat disenangi dan dihormati oleh orang di sini.

Datuk, saya sedih melihat perkembangan politik mutakhir ini. Melayu sesama melayu bertikam lidah hanya kerana kuasa. Namun kali ini lebih dahsyat. ia melibatkan raja melayu. Media massa tidak bijak menangani isu ini. kekadang nampak sangat keterlaluan mereka menunjukkan demonstrasi oleh penyokong BN terhadap keceluparan Karpal. Jangan sampai rakyat menghukum BN sbg memperalatkan Sultan melayu!

Selamatkan negara Datuk.

SEtuju dengan JP , media janganlah melampau memberi promosi pada BN. Terus terang cakap saya ni bolehlah diibaratkan ‘CAlon Bebas yang Menyokong BN’ dgn lain perkataan pengundi atas pagar .

Sebenarnya saya dah naik jelak dengan BN , salah satu sebabnya jadi begitu , promosi mereka melampau , terus terang , bila menjelang pilihanraya saya tidak tengok Berita TV, saya cuma baca surat khabar THe Star , masa lain saya baca surat khabar UM, ini adalah kerana semuanya cerita pasal kebaikan BN dan keburukan pembangkang, naik jelak saya membacanya , dah tak nampak keikhlasan perjuangan mereka.

Namun saya tidak pula menyokong pembangkang, walaupun adik beradik saya 80% menyokong pembangkang. Pada saya pihak pembangkang belum cukup kredibiliti untuk memimpin negara, belum sampai ke standard BN.

So , UMNO patut ubah strategi memenangi Hati Dewan Rakyat.

salam dato’
saya betul-betul kecewa ngan UMNO sendiri..nampak macam tak pernah paham apa isyarat rakyat..tolong la lakukan segera perubahan..takut sangat tengok sama-sama melayu yang bergaduh..

kalau betul-betul nak lakukan perubahan cuba tunjukkan sikit keikhlasan tu..sprm hanya siasat pihak pembangkang sahaja..siasat la sama pemimpin barisan yg korup tu..
buat ape nk simpan..

Taktik kotor blh la menang! Boleh blaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Februari 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos
%d bloggers like this: