Saifuddin Abdullah

Alhamdulillah, saya diberitahu oleh Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bahawa buku terbaru saya bakal dicetak untuk kali kedua. Saya dimaklumkan juga untuk cetakan pertama,sejumlah 4000 buku telah dicetak dan sedang mendapat sambutan yang cukup positif dari orang ramai.

Universiti Utara Malaysia juga menjadikan buku ini sebagai rujukan pelajar Politik Pembangunan. Saya akan membuat ulasan buku ini di hadapan pelajar-pelajar Fakulti Undang-Undang pada 12 Februari 2009 ini. Lebih bermakna, apabila YAB Tun Abdul Hamid Mohammad, mantan Ketua Hakim negara pun telah bersetuju untuk sama-sama membuat ulasan berkaitan buku tersebut pada tarikh itu nanti.

Terima kasih atas sokongan padu saudara-saudari sekalian.

Saifuddin Abdullah

Misi kementerian sekarang bukan sekadar melahirkan MRSM yang cemerlang akademiknya, tetapi mencipta watak pada setiap MRSM yang diwujudkan. Jika MRSM Kota Putera kini digelar MRSM Ulul Albab, kita mahu MRSM yang lain juga mencipta watak tersendiri, contohnya mungkin MRSM Kuala Terengganu, oleh kerana ia merupakan antara 3 MRSM yang mempunyai kemudahan kolam renang dan dekat dengan laut,maka MRSM ini terkenal dengan identiti berkaitan bidang laut. Dalam tradisi sekolah-sekolah yang terkenal di seluruh dunia, termasuklah beberapa buah sekolah elit di Malaysia, watak sekolah tersebut mengangkat keupayaan pelajarnya untuk menjadi pelajar yang berkebolehan dan menjadi aset kepada negara.

Pada 18 Februari ini, saya akan umumkan Budaya Debat di semua MRSM sebagai galakan untuk menggunakan disiplin debat sebagai kaedah mencari ilmu. Dalam bidang akademik, kita mahu melihat kepada amalan terbaik dunia. Misalnya, Eton College, UK tidak ternama kerana keupayaan melahirkan berapa banyak pelajar “straight A’s”, tetapi kerana telah melahirkan 14 orang perdana menteri UK termasuk Abhisit, Perdana Menteri Thailand termuda sekarang. Sekurangnya ada seorang pelajar MRSM yang dapat belajar di universiti 10 terbaik di dunia. Untuk UNIKL pula, kita mahu UNIKL masuk dalam kedudukan universiti terbaik di dunia. Tetapi UNIKL tidak perlu bersaing dengan Universiti Harvard atau Cambridge kerana UNIKL adalah universiti kemahiran. Kita mahu UNIKL bersaing dengan universiti yang sama orientasinya. Dengan lompatan saujana ini, kita bakal melihat kualiti pendidikan dan produk yang dilahirkan dapat digandakan!

-Perjumpaan Bersama Pelajar Dan Pensyarah Kolej Profesional Mara, Melaka Pada 2 Februari 2009

Alhamdulillah, akhirnya buku terbaru saya bertajuk “Politik Baru : Mematangkan Demokrasi Malaysia” sudah berada di pasaran mulai minggu ini. Saya diberitahu bahawa buku tersebut sudah mula berada di rak-rak kedai buku MPH di Mid Valley Megamall dan MPH Alamanda, Putrajaya. Saya mengharapkan idea dan gagasan saya ini mendapat perhatian jika tidak semua ahli politik dan penggemar politik tempatan, idea ini sampai kepada sebahagian besarnya.

Saya juga ingin menjemput tuan-tuan dan puan untuk meluangkan masa menghadiri majlis pelancaran buku ini yang bakal diadakan pada 20 Januari 2009, Selasa pada jam 11.30 tengah hari bertempat di Shangri-la Putrajaya. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan –puan adalah suntikan semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan membawa perubahan yang signifikan kepada parti dan negara.

InsyaAllah,kita jumpa di majlis pelancaran nanti.

  • In: Uncategorized
  • Ulasan Dimatikan pada Isu SMK Seberang Temerloh selesai

Pada awal bulan ini, penduduk sekitar SMK Seberang Temerloh mengadu pada saya bahawa mulai 2009 sekolah itu tidak lagi mengambil pelajar harian, bermula dengan tingkatan satu, kerana ia akan menjadi sekolah sukan sepenuhnya. Saya telah berbincang dengan Pejabat Pendidikan Daerah dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Alimuddin memaklumkan pada saya bahawa sekolah itu akan meneruskan dasar awal, iaitu ia berjalan sebagai sekolah sukan dan mengambil pelajar sekitar kawasan tersebut. Maknanya pada 2009 dan tahun seterusnya, pelajar tingkatan satu dan dua lain dari sekolah sekitar itu boleh terus bersekolah di sekolah itu, iaitu seperti sebelum ini. Saya berterima kasih kepada Pengerusi JKKK dan ibu bapa yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menangani isu ini. Saya juga berterima kasih kepada PPD dan terutamanya Dato Alimuddin kerana prihatin kepada keperluan penduduk dan menyelesaikannya dengan segera dan bijaksana.

By Adib Zalkapli (Malaysian Insider on 18 December 2008)

KUALA LUMPUR, Dec 18 – An Umno deputy minister says in a new book that his party must become more inclusive or risk losing permanently the votes it lost during the last general election.

Saifuddin Abdullah, who is also running for a seat on his party’s supreme council, is calling for more open debate and bipartisanship in his party and in the ruling Barisan Nasional coalition.

In a sign that there is a small but growing move within Umno for reforms in the party, which stand in contrast to the more strident approach of those who want the party to get back to its nationalist Malay roots, the arguments made by Saifuddin, who is also Temerloh MP, are for the party to change by promoting a more open and inclusive government.

Saifuddin, who is Deputy Minister for the Entrepreneur and Cooperative Development Ministry, said he was not going against his own party by promoting inclusivity in governance.

In his book entitled New Politics, he presented anecdotal evidence that the protest votes that benefitted the opposition parties in the last general election would become real support for the Pakatan Rakyat if BN and Umno do not change.

The publication of this book was described by former Chief Justice Tun Abdul Hamid Mohamad as a bold move, but was tolerated due to the March 8 election results.

“It is equally rare in Malaysia, as far as I know, for a Member of Parliament and Deputy Minister, while in office, to write a book critical of the very people in the group that he himself belongs and depends on and the practices which, he might be a party to,” wrote Abdul Hamid in a review of the book.

Saifuddin disagreed that he was following the footsteps of other Umno leaders such as Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Zaid Ibrahim, both of whom have written books with views critical of the par“Instead of being rhetorical, I am just saying what should be done. Go back to basics. Let’s go back to what Umno is all about, idealism. We have to change the way we do things. We must accept the fact that people have changed, the world has changed, so we ty policies or approach while still in Umno.

“I am not going against the party. I am a believer in Umno and Barisan Nasional. All I am doing is trying to advocate new ways of doing things. It is not a new idea in the first place. These are the things I have discussed in the past,” said Saifuddin in an interview with The Malaysian Insider.

should change. I don’t think I am going against the party, I am just offering a way for the party to move forward,” he said.

He also touched on his experience when he was forming the Temerloh Parliamentary Consultative Council or the MPPT, a forum for Saifuddin to gather the views of his constituents in the decision-making process. But his attempt to appoint Pas’s Kuala Semantan assemblyman Syed Hamid Syed Mohamed had to be put on hold.

“I wanted to have the Pas assemblyman as a member of MPPT, but I was cautioned by my Umno friends. But I think I have to wait for a while. In the first place I need to promote why MPPT is important. As an MP I still feel we are too partisan in our deliberation and our debate. I want to see at least on certain issues of public interest, Parliamentarians can be more non-partisan,” said Saifuddin.

But his disagreement with most Umno leaders does not end there, as the first-term MP, who is running for the party’s supreme council post, still believes that Umno election candidates should debate openly, a move described by certain party leaders as something which would lead to greater division in the Malay nationalist party.

“This is just a debate about party policies and governing policies. What is wrong with debating party and governing policies. Umno is a ruling party so the constituents must know what is happening in the party,” he said.

“As an MP, my constituents are not only interested in my services, but they are also interested to know, if I become the MT member of Umno, what is there for them? They have all the rights to know. How am I going to contribute? So there are a lot of issues traditionally considered to be Umno matters, which to me, are no longer Umno matters exclusively,” added Saifuddin.

He is also of the view that ending the live telecast of the Umno general assembly was a mistake as it can be used as a platform to show BN’s unity.

“All this while people have been talking that Barisan Nasional is a marriage of convenience of parties fighting for different ethnic groups. Having our party assembly debate live is the best way of showing people their perception is wrong,” said Saifuddin.

He was also not worried if his attempt in promoting openness is rejected by Umno leaders or if he has to suffer the same fate as Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi whose reform agenda was met with resistance from party leaders.

“I believe that for an idea to progress, you just need to champion it. Sometimes you may face resistance. Resistance to change is normal especially when you are bringing new idea; you just have to do it.”

Sudah pastinya umat Islam di Malaysia sudah selesai atau masih lagi meraikan hari raya Aidiladha. Hari raya Aidiladha,sebagaimana umum mengetahuinya, adalah hari raya yang dikaitkan dengan korban. Namun,pengertian korban itu haruslah dilihat dari parameter yang lebih luas atas kepentingan agama, bangsa dan negara.

Dalam kegirangan meraikan aidiladha, rakyat Malaysia digemparkan lagi dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur. Paling menyedihkan, tragedi ini mengorbankan 4 nyawa yang tidak berdosa dan mengakibatkan kecederaan. Kemusnahan harta benda pastinya menelan jutaan ringgit. Meskipun angka kematian ini tidaklah seramai mereka yang terkorban dalam tragedi Highland Towers 15 tahun lalu, namun apakah mesej dari alam ini benar-benar difahami oleh kita sebagai khalifah di muka bumi Allah?

Ini bukanlah bentuk pengorbanan yang dituntut apatah lagi diinginkan oleh sesiapa. Setiap entiti perlu memainkan peranan masing-masing. Blame-game tidak akan menyelesaikan masalah. Tindakan reaktif juga tidak memadai. Kita perlukan tindakan proaktif untuk menghalang tragedi sebegini berlaku lagi…

SARP

Saya menyokong cadangan diadakan debat terbuka dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT) UMNO kali ini. Ia wahana pencetusan dan pertahanan idea yang bernas dan cerdas. Saya juga sedia berdebat dengan mana-mana calon MT.

Tetapi, terdapat mereka yang menentang cadangan ini. Di sini, saya senaraikan 10 alasannya dan menjawabnya satu persatu.

Alasan 1: Tiada apa hendak didebatkan.

Jawapan 1: Takkanlah pemimpin UMNO tiada idea. Banyak perlu didebatkan. Contohnya, apakah politik baru yang perlu dilaksanakan UMNO untuk mengemudi politik negara pada depan?

Contoh kedua, perlukah ditubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara Ketiga (MAPEN 3) untuk merancang kerangka konseptual pertumbuhan ekonomi yang bakal digubal dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh; apakah agenda utamanya; dan perlukah ditubuhkan Panel Penasihat Ekonomi Negara yang bersifat konstruktif bagi menggantikan Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang bersifat reaktif itu?

Dan contoh ketiga, perlukah diadakan Pelan Tindakan Pembangunan Sosial yang benar-benar bersepadu bagi mengukuhkan Dasar Sosial Negara yang ada kini?

Saya sendiri ingin mengemukakan idea dalam sekurang-kurangnya enam bidang, iaitu pendidikan dan latihan, kesihatan dan kecergasan, pekerjaan dan ekonomi, jati diri dan sosio-budaya, partisipasi dan masyarakat sivil serta prasarana dan kemudahan awam. Saya yakin calon-calon MT yang lain juga mempunyai idea-idea yang ingin dikemukakan.

Alasan 2: Tidak perlu debat, ucapan mencukupi.

Jawapan 2: Semua orang boleh berucap. Adakalanya, ucapan disediakan orang lain dan yang menyampaikannya tidak faham apa yang diucapkanpun. Kekurangan ucapan ialah idea itu tidak diuji kebenaran dan kekuatannya. Sebaliknya, dengan debat, pendebat bukan sahaja perlu mampu menyampaikannya, tetapi lebih penting lagi, perlu mampu mempertahankannya.

Alasan 3: Ia mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Jawapan 3: Apakah kriteria yang mengukur keburukan dan kebaikan itu? Tradisi Islam menunjukkan kebaikan debat. Ayat 125 Surah al-Nahl menggariskan tiga rukun dakwah, iaitu, pertama: “dengan bijaksana”, kedua: “dengan pengajaran yang baik”; dan ketiga: “berhujahlah (berdebatlah) dengan cara yang terbaik”.

Begitu juga halnya dengan tradisi ilmu. Socrates memprovokasi pelajar-pelajarnya dengan soalan kritikal sehingga mencetuskan perdebatan. Kaedah ini dikenali sebagai “Soalan Socrates” dan adalah asas kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang digunakan dalam bilik darjah hari ini.

Keburukan hanya timbul jika emosional semasa berdebat. Takkanlah pemimpin UMNO begitu.

Di samping itu, bukankah debat terbuka jauh lebih baik daripada politik wang yang tertutup itu?

Alasan 4: Ia menyebabkan pembangkang memanipulasi masalah dalaman UMNO yang diutarakan dalam debat terbuka.

Jawapan 4: Pertama, siapa suruh mendebatkan masalah dalaman UMNO? Kedua, kerja pembangkang ialah memanipulasi UMNO, tidak kira diadakan debat terbuka ataupun tidak. Ketiga, selama ini, UMNO tidak pernah mengadakan debat terbuka, tetapi orang luar tahu juga masalah dalamannya. Keempat, debat terbuka memulihkan persepsi umum yang melabel UMNO sebagai kotor. Dan kelima, debat terbuka adalah persediaan terbaik bagi pemimpin UMNO berdebat dengan pembangkang.

Alasan 5: Ia perlu diadakan secara tertutup sebab ini pemilihan dalaman UMNO.

Jawapan 5: Ia perlu diadakan secara terbuka kerana UMNO adalah parti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan majoriti anggota Kabinet. Rakyat adalah pihak berkepentingan (stakeholders) yang berhak mengetahui kualiti calon yang bakal dipilih UMNO. Ini peluang terbaik bagi UMNO menunjukkan betapa ia serius memilih pemimpin yang berkualiti untuk seterusnya ditawarkan sebagai pemimpin negara.

UMNO sepatutnya mempelopori budaya politik baru dan segar, iaitu politik ilmu, dan mencipta sejarah sebagai parti pertama di negara ini yang menganjurkan debat terbuka. Kalau tidak, dan kalau ada parti lain yang memulakannya, maka, UMNO terlepas peluang keemasan yang datang hanya sekali ini.

Alasan 6: Tidak perlu ikut format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat.

Jawapan 6: Siapa kata ia mesti format tersebut? Terdapat banyak format debat. UMNO boleh tentukan formatnya yang tersendiri.

Alasan 7: Rakyat belum bersedia.

Jawapan 7: Rakyat telah lama bersedia. Rakyat telah lama inginkan keterbukaan dan ketelusan. Rakyat telah lama inginkan pemimpin yang berilmu dan artikulatif, yang punya pendirian dan pandangan, dan bukannya pemimpin yang sekadar pandai mengampu dan meraih undi semata-mata. Persoalannya ialah adakah pemimpin UMNO telah bersedia?

Alasan 8: Tidak sesuai diadakan debat terbuka memandangkan masyarakat kita berbilang kaum. Takut timbul isu sensitif.

Jawapan 8: Selama ini, persepsi rakyat ialah parti-parti komponen BN adalah ibarat beberapa orang yang tidur sebantal tapi mimpi lain-lain, kerana apabila berada di kalangan ahli partinya sahaja, maka, mereka berbincang perkara-perkara yang amat sensitif yang tidak boleh didengar oleh ahli dari parti yang lain. Debat terbuka boleh mengikis persepsi itu. Lagipun, idea yang disampaikan dengan bijaksana tidak mungkin sensitif.

Alasan 9: Debat terbuka bukanlah jawapan kepada masalah UMNO. Apa yang penting ialah usaha memperkukuhkan parti.

Jawapan 9: Memanglah jawapannya bukan debat terbuka sahaja. Tetapi ibarat soalan matematik yang panjang, debat terbuka adalah antara jalan kira untuk mendapat jawapannya. Alasan di atas janggal kerana membuat perbandingan antara dua perkara yang tidak sepadan, iaitu debat terbuka dan memperkukuh parti. Ia tak ubah seperti membandingkan epal dengan kentang. Debat adalah cara manakala memperkukuhkan parti adalah matlamat.

Tetapi, debat terbuka adalah satu daripada kaedah bagi mencapai matlamat memperkukuhkan parti. Ini kerana proses pemilihan parti adalah sebahagian daripada pelan pengukuhan itu. Jika proses pemilihan terus dipertikaikan kewibawaannya, maka amat sukar untuk rakyat mengiktiraf kredibiliti calon yang menang. Sebaliknya, debat terbuka akan menyuntik keyakinan baru di kalangan rakyat tentang kredibiliti calon yang dipilih.

Alasan 10: UMNO perlukan pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.

Jawapan 10: Siapa kata kita hendakkan pemimpin yang hanya pandai berdebat sahaja? Adakah pemimpin yang pandai berdebat terbukti tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak pandai berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian (escapisme) dari realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik itu adalah kepetahan berhujah. Bukankah lebih baik jika UMNO memiliki pemimpin yang pandai berhujah dan pada masa yang sama juga pandai bekerja?

Sebenarnya, pemimpin UMNO sedang mengadakan debat terbuka tentang polemik ini. Rakyat sedang menilainya. Bagi sebahagian daripada kita, perkara ini mungkin kecil. Tetapi, bagi sebahagian rakyat, perkara ini memberi makna besar dalam perjuangan mematangkan demokrasi kita.

Ogos 2017
I S R K J S A
« Jul    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031