Saifuddin Abdullah

Kenapa Perlu Terus Beri Goodies ?

Posted on: Mac 2, 2009

Jika ada satu buku yang boleh saya cadangkan kepada umum terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam membuat dasar, saya akan cadangkan buku tulisan seorang Professor dari Michigan University iaitu C.K Prahalad bertajuk “The Fortune at the Bottom of the Pyramid”. Alam bukunya beliau menyebut bahawa kita sering mengganggap orang miskin adalah golongan yang tidak mampu dan perlu diberi bantuan. Justeru atas premis tersebut, kita percaya bahawa dasar memberi “goodies” kepada orang miskin adalah yang terbaik untuk mengatasi isu kemiskinan di Malaysia.

Saya selalu kemukakan contoh yang berlaku di Madurai,India. Bagaimana seorang doktor yang bernama Dr. Govindappa Ventakaswamy, yang membuka hospital mata yang diberi nama “Aravind Eye Hospital” (AEH) berjaya menyediakan perkhidmatan “cataract surgeon” pada harga yang sangat murah. Dalam kadar biasa, sesuatu pembedahan itu akan menelan kos hampir USD2500, tetapi di AEH, kosnya tidak sampai USD300. Sehingga kini, AEH telah membantu lebih 2.4 juta penduduk miskin India. Tetapi ironinya, AEH bukan rumah kebajikan sebaliknya sebuah hospital yang tetap membuat keuntungan!

Mengikut data terkini dari laman web hospital tersebut, AEH telah mempunyai 329 “pesakit bayar” dan 920 “pesakit percuma”. Sayangnya,segelintir kita masih lagi meletakkan harga mengikut mereka yang berkemampuan. Yang miskin, kita berikan goodies! Maka kekallah mereka tidak mampu sampai bila-bila. AEH memperkenalkan satu konsep yang dinamakan “New Price Performance Emblem”.  Mengukur harga pada tahap kemampuan semua golongan, walaupun orang miskin. Mereka juga berhak dianggap penyumbang kepada ekonomi negara, bukannya hanya penerima.

Sebab itu, saya sarankan bidang keusahawanan sosial diterapkan di kalangan mahasiswa dalam kursus keusahawaan di IPT melalui Majlis Keusahawanan Universiti-Universiti Malaysia (MAKMUM). Maksudnya, meletakkan objektif kemaslahatan masyarakat dengan menggunakan strategi keusahawanan. Keusahawanan sosial mungkin sesuatu yang terlalu baru di Malaysia. Tetapi manfaatnya cukup penting kepada rakyat. Saya harap idea ini dapat dibahaskan atau setidak-tidaknya difikirkan!

5 Respons to "Kenapa Perlu Terus Beri Goodies ?"

Terus terang …ini baru pertama kali saya dengar keusahawan sosial , apa benda tu ? Adakah ia bermaksud menjadi usahawan yang menolong orang miskin.

Dekat mana saya boleh cari maklumat tentang usahawan sosial ini?

Tq.

Dato ,

If I may give an idea . The supply chain farming industry here is very loose. I hae an aunt in Parit Buntar , who is a staunch PAS supporter that has been selling her produces such as chilies to regular market . She faces many wastage as sales not stable . I work out with KPDN people that link me up with Mydin hypermart and now she is discussing with all her farmers friends to gather their goods to sell as bulk and at a time frame contract . This deal is going well and to be sealed soon .

FAMA was not penetrating well in her area to educate her to form company , teaching her legal contracts etc . No doubt FAMA helps a lot in training on how to increase output but output must be sold.

I am so happy now as her mind changed drastically on current goverment from a tiny effort of us. Thats suddenly 15 voters for your camp. She is now lose keen on politics and start her income planning.

Work out at this angle.

Please feel free to dropby my website that I built to ensure transparency of pricing at http://www.smartpengguna.my . I may need your advise too there.

Thank you

Adam B

Dato Saf

AIM dan Yayasan Tekun wajar dimanfaatkan untuk melahirkan insan yang boleh keluar dari daerah kesusahan dan kefakiran.Tapi malangnya golongan fakir miskin kita jarang benar atau tidak pernah diberikan kursus atau pendedahan untuk keluar dari kepompong itu.Mungkin pilot projek perlu disetiap negeri untuk tujuan murni ini.

Warisan2057.blogspot.com

Saya juga dengar banyak rungutan tentang kelambatan proses pinjaman dari agensi spt Tekun, SME Bank, MARA. Mereka kata kalau ada menteri tenyeh sikit, baru jalan.Betulkah YB begitu?Sebenarnya semua bantuan ini untuk tolong Melayu atau orang UMNO sahaja?Saya harap perkara initidak dipandang mudah oleh kerajaan. Sebab ia dah jadi kemarahan rakyat kalau bantuan berbilion ringgit,tapi yang dapat suku sakat menteri sahaja.maaf kalau ungkapan saya ini agak keras.Tapi saya yakin pada pemimpin muda macam YB.

Assaallamualaikum wbr,
Dato’ Saifuddin.

Saya sungguh tertarik dengan cerita AEH tersebut. Berniaga begini memang wujud dikalangan peniaga2 kecil-kecilan yang kebanyakkan adalah restoran2, dimana menjual saambil bersedekah. Namun demikian tidak terdapat rekod atau statistik berapa banyak yang “kira sedekah” dan berapa banyak yang untung. Namun demikian, keuntungan tetap ada, cuma dalam kadar yang sedikit atau pun banyak.

Dari cerita dan penerangan Dato’, saya sokong dan setuju dengan cara memberikan harga mengikut kemampuan pelanggan yang miskin agar mereka dapat bersama-sama menyumbang kedalam ekonomi negara dengan membayar dari poket sendiri bukan dari “goodies” kerajaan.

Dato’ memerlukan team yang benar2 faham tentang tujuan Dato’ agar idea Dato’ dapat direalisasi dengan kadar segera. Rakyat Malaysia boleh memberikan kerjasama jika matlamat nya adalah “win-win”.

semoga Dato’ dapat memberikan banyak lagi tip-tip yang menarik.

with best regards,
IJA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mac 2009
M T W T F S S
« Feb   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos
%d bloggers like this: