Saifuddin Abdullah

Desak Chua Jui Meng tarik balik kenyataan

Posted on: September 29, 2008

Saya merujuk manifesto Dato Chua Jui Meng yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 29 September 2008. Saya menyelar manifesto beliau bagi bertanding Presiden MCA yang mencadangkan satu daripada dua strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu menyusun semula masyarakat dikaji semula dan hanya mengekalkan strategi membasmi kemiskinan.

Strategi menyusun semula masyarakat perlu diteruskan memandangkan kaum bumiputera masih lagi jauh tertinggal. Saya mengambil contoh beberapa indikator penting ekonomi bagi menyokong pandangan saya; Pertamanya, dalam pemilikan ekuiti bumiputera dalam perniagaan hanya mencecah 19.3%, masih jauh dari sasaran DEB iaitu 30%. Kedua, jurang pendapatan antara kaum juga masih besar dan pendapatan kaum bumiputera adalah yang paling rendah sedangkan mereka adalah kaum majoriti. Ketiga, dalam dunia keusahawanan pun,penglibatan bumiputera adalah masih pada paras terendah.

Justeru, saya mendesak Dato CJM menarik balik kenyataan beliau atas dasar tanpa strategi penyusunan masyarakat, maka ia bukan lagi DEB. Dengan kata lain, saya anggap kenyataan beliau seolah-olah secara halus ingin menghapuskan DEB.

SAIFUDDIN ABDULLAH

2 Respons to "Desak Chua Jui Meng tarik balik kenyataan"

Congrat dato 4 your comment. Chua Jui Meng memainkan isu deb untuk menarik sokongan perwakilan mca untuk menghapuskan deb. Pemimpin separti ini hanya mementingkan dan memikirkan kepentingan politiknya sahaja,. Sama aje dengan DAP lebih bagus Dato Chua masuk DAP lah..Jgn menikam dari belakang..

Teruskan perjuangan dato…Semoga dirahmati Allah.

Kepada YB Dato’ Saifuddin Abdullah,

Salam perpaduan! Nama saya Teo Wei Sing, penulis kepada buku “Suara Anak Pahang”. Dato masih ingat akan saya?

Saya ingin merasakan kesyukuran kerana berpeluang untuk membaca blog Dato pada malam ini. Kesempatan ini membolehkan saya lebih mengenali Dato secara dekat. Ruangan seperti ini akan memudahkan urusan dan penyebaran berita seterusnya menjadi wadah berguna supaya rakyat lebih mengenali Dato.

Semoga Dato akan sentiasa sihat walafiat dalam melaksanakan tugas.

Teo Wei Sing

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos
%d bloggers like this: