Saifuddin Abdullah

Gesaan adakan sidang khas sekadar gimik politik

Posted on: September 19, 2008

Sekali lagi senario politik tempatan cuba digoncang oleh Dato Seri Anwar Ibrahim lantaran gesaan mengadakan sidang khas membincangkan usul tidak percaya terhadap YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan BN. Kali ini sekali lagi DSAI menggunakan satu tarikh khusus kononnya sebagai “dateline” untuk Pakatan Rakyat bertindak. Selepas gagal melangsaikan janji membentuk kerajaan pada 16 September 2008, kepingin DSAI untuk menaiki takhta menjadi Perdana Menteri nampaknya masih belum pudar.

 

Saya melihat gesaan tersebut sebagai satu lagi helah politik beliau untuk mengaburi mata rakyat dan mengalihkan tumpuan semua daripada kegagalan misi 16 September. Beliau gagal menunjukkan alasan-alasan yang benar-benar kukuh untuk sidang khas diadakan sebaliknya hanya mendendangkan lagu-lagu lama dengan harapan rakyat sewenangnya dilenakan. Taktik-taktik beliau mutakhir ini sudah tidak lagi mengendahkan kesannya kepada keamanan dan perpaduan serta kedudukan ekonomi negara.

 

Parlimen berehat pada bulan Ramadhan yang mulia ini dan dijadualkan untuk bersidang semula pada 13 Oktober 2008. Dalam Islam pun, kita dianjurkan berdamai dan mengelakkan perbalahan sesama kita apatah lagi di bulan mulia ini. Pada analisa akhirnya, demokrasi yang matang itu lahirnya bukan dari kebebasan bersuara yang tiada sempadannya, namun dari hormatnya kepada kerajaan yang telah diber mandat oleh suara yang bebas itu.

4 Respons to "Gesaan adakan sidang khas sekadar gimik politik"

Masalahnya…Kerajaan sekarang kejam dengan ISA…etc…Maaf MP…you yang sedang mendendangkan lagu lama…rakyat tidak sebodoh yang engkau sangkakan.

Tindakan DSAI menampakkan tindakan desperado seorang politkus yang hanya mahu mengejar personal glory. Kenapa hingga ke saat ini dia tak mahu declare all the alleged 43 MPs from BN?because he does not have the number.or if he does, he doesnt have enough Malay’s MP.Is this the leader that we want to have to lead the nation?

Saya tak faham kenapa DSAI begitu mabuk hendak jadi PM sampai sanggup membuat apa sahaja. Sebagai rakyat, kalau inilah sifat seorang PM, sah kita semua akan digadainya. Orang yang sokong sangat DSAI, ingatlah, jangan sampai kita jadi pak kadok, yang dikejar tak dapat yang ada tergadai! Renungkan dengan jiwa yang tenang berteraskan iman dan akal bukan nafsu !

sudah banyak tarikh yang disebut..bila lagi mahu ditukar kerajaan wahai Anwar ibrahim..rakyat sudah bosan dengan pembohongan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos
%d bloggers like this: