Saifuddin Abdullah

Ahmad Ismail perlu mohon maaf

Posted on: September 9, 2008

Saya menerima banyak panggilan daripada kaum Cina dalam kawasan Parlimen Temerloh yang amat terkilan dengan kenyataan Ahmad Ismai yang dibuat sewaktu kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang pauh yang lalu. Saya berpendapat setelah 51 tahun kita merdeka, kita tidak patut lagi mengungkit soal kerakyatan. Kita perlu menjaga keharmonian dan perpaduan yang sedia ada. Kita boleh mmperjuangkan kepentingan bangsa masing-masing tetapi jangan sesekali menjejaskan perpaduan di Negara ini. Kenyataan Ahmad tidak sepatutnya dibuat. Saya harap beliau tidak akan mengeruhkan lagi suasana. Sebaiknya beliau mengikut teladan Dato seri najib dan meminta maaf serta jangan meyusahkan Perdana Menteri lagi.

6 Respons to "Ahmad Ismail perlu mohon maaf"

saya tak faham kenapa pembangkang cuba nak api-apikan perasaan perkauman di Malaysia. Ini politik cara Anwar yang nak lingkupkan perpaduan bangsa.

Tak perlu minta maaf kerana perkataan itu dikeluarkan kena pada masanya, yakni ketika kaum Cina / kaum pendatang yang ghairah menafikan kontrak sosial sedia ada serta ketuanan Melayu. Itulah lidah bahasa, yang perkataannya keluar secara alami. Kaum Cina /pendatang tak perlu tersinggung, bahkan perlu insafi akan keadaan ini. Inilah pandangan saya secara jujur. Hal ini dapat kita kiaskan dalam isu ‘Shit’ dahulu. Justeru, kaum bukan Melayu / bumiputera harus hati-hati dengan kontrak sosial ini.

permainan ini perlu dihentikan untuk mredakan permasalahan yg terlalu kritikal ketika ini.
seharusnya ahmad said sedar api perkauman ini akan memporakperandakan masyarakat dan negara yg tercinta ini. cukuplah tragedi 13 mei ..

yg hancurnya kita. melayu perlu bersatu padu untuk umat islam.
salam perjuangan.

yang menimbulkan masalah adalah ahmad ismail sendiri. negara ini mengamalkan demokrasi. tetapi demokrasi bukan untuk kepentingan diri. saya ingin tujukan beberapa perkara kepada si ahmad ismail ini. pertama. apakah kelayakan ahmad ismail ini berhujah tentang sejarah malaysia? jika hanya bergantung pada sentimen mendapat undi merebut jawatan dalam parti, saya kata awak ahmad ismail GAGAL!!!!! kedua. golongan bangsa melayu islam yang mana yang digembar-gemburkan akan dipertahankan  oleh si ahmad ismail ini? yang saya nampak si ahmad ismail naik kereta merz jenis s class masuk jumpa pm. kereta siapa tu? adakah majoriti bangsa melayu islam negara ini berkemampuan begitu? ahmad ismail hanya mempertahankan kemewahan serta kekayaan diri dan kroni2 sendiri. adakah ahmad ismail sedar bahawa melayu macam ahmad ismail sendiri yang menyekat kekayaan negara diagihkan kepada melayu yang benar2 memerlukan bantuan? jadi ahmad ismail sebenarnya adalah pendatang  bertopengkan melayu islam yang mengaut harta demi agenda sendiri. ahmad ismai GAGAL LAGI!!!!!!! terakhir. bagi saya dan semua rakyat malaysia(kecuali ahmad ismail dan konco2nya ) dari 31 ogos 1957 hingga kini, saya berdoa dan saya yakin kita semua boleh hidup aman damai tanpa prasangka antara satu sama lain. kita hanya berpandukan hanya satu matlamat iaitu kita semua RAKYAT MALAYSIA. akhir kata HIDUP MALAYSIA!!!!!! ( sejuta kali)

untuk ahmad ismail dan mereka yang sependapat dengannya. walaupun saya antara yang kurang berada seperti kamu, tetapi saya masih mampu membeli tiket kapal untuk kamu dan sekeluarga balik kenegara asal kamu!

Ahmad Ismail wajar menyatakan kemaafan.

Ahmad Ismail cuma menjawab tidak kurang daripada 3000 tomahan berbau perkauman oleh kumpulan bukan Melayu dalam blog-blog tertentu dan dalam cetakan.

Menjawab tomahan yang menghasut dilaknat oleh Melayu sendiri? Janganlah dijadikan politik UMNO ini politik pengecut pula. Undang-undang perlu dipatuhi semua pihak, bukan begitu?

Saya tidak langsung nampak Sdr objektif dalam hal ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos
%d bloggers like this: