Saifuddin Abdullah

Pasca Diskusi AUKU – Idealisme mahasiswa masih segar

Posted on: September 3, 2008

Alhamdulillah. Program diskusi AUKU anjuran Mahallah Siddiq Universiti Islam Antarabangsa, kampus di mana saya pernah berkhidmat dahulu, telah berjalan dengan begitu lancar. Saya anggap program ini mencatat sejarahnya tersendiri kerana berjaya menghimpunkan tiga tokoh politik dari parti politik yang berbeza membincangkan isu yang begitu mustahak demi masa depan pergerakan mahasiswa. Penghargaan perlu diberikan kepada pihak pentadbiran UIAM yang mengamalkan sikap terbuka dan ‘open minded’ dalam isu ini.

Saya bersyukur kerana diberi peluang berdebat secara terbuka di hadapan ribuan mahasiswa meskipun tidak begitu berpeluang berdebat di Parlimen. Saudara Faisal wakil pelajar undang-undang UIAM berhujah dengan baik. Kedua-dua panel lain, YB Salehuddin dan YB Saifuddin berhujah dengan begitu profesional. Saya telah dapat melahirkan hampir kesemua buah fikir saya secara ikhlas mengenai AUKU. Saya sedar akan risiko yang bakal dihadapi kerana mengkritik cadangan pindaan yang saya anggap “banyak dipinda tapi bahagian yang tidak dipinda itu sebenarnya isu yang paling utama”. Pokoknya seksyen 15 mesti dipinda dan mahasiswa mesti dibenarkan menganggotai parti politik dan menteri tidak boleh diberi mandat untuk menentukan hanya oganisasi tertentu sahaja yang boleh disertai oleh mahasiswa.

Istimewanya diskusi ini kerana semua panel bersikap non partisan. Hujahan-hujahan yang dilontarkan adalah berdasarkan ilmu. Paling istimewa, diskusi ini diakhiri dengan “survey” penonton dan penegasan oleh mahasiswa mengenai AUKU.

SARP

ribuan mahasiswa memenuhi auditorium mengikuti diskusi AUKU

ribuan mahasiswa memenuhi auditorium mengikuti diskusi AUKU

3 Respons to "Pasca Diskusi AUKU – Idealisme mahasiswa masih segar"

Tahniah saya ucapkan pada dato’ di atas keberanian di dalam menyatakan keimanan pada prinsip yang dato’ pegang. Harapan saya agar dato’ terus istiqomah mempertaut ukhuwwah, menjana budaya intelektualisme dan aktivisme kelompok mahasiswa agar golongan ini dicerahkan misi hidup dan perananya kepada ummah. sekali berjuang, teruskan perjuangan sehingga nafas yang terakhir..

Asslamualaikum. Tahniah saya ucapkan kepada Dato’ atas kesudian menjayakan Dialog AUKU ini. Saya mewakili semua AJK penganjuran ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ di atas kerjasama dan komitmen. Saya banyak mendapat banyak feedback yang positif daripoada program ini. InsyaAllah selepas ini akan ada lebih banyak perbincangan ilmiah seperti ini akan dijalanakan di universiti.

Dato, do not let the dirty of political world erode your integrity and credibility. I can see yourself as one of the Malay top leaders in future. Seriously Dato, UMNO is lacking of talented chaps to lead the party. We pray for your survival in UMNO and BN!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos
%d bloggers like this: