Saifuddin Abdullah

AUKU: Salahuddin PAS lawan Saifuddin Umno

Posted on: Ogos 28, 2008

Jimadie Shah Othman | Aug 28, 08 7:16pm

 

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub akan bertembung dengan timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah dalam dialog mendebatkan beberapa seksyen kontroversi rang pindaan Akta Unversiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang kini sedang dibentangkan di Dewan Rakyat.

 

Dialog membincangkan akta itu yang turut disertai seorang lagi ahli parlimen Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) diadakan esok di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

 

Seorang wakil persatuan pelajar Mohd Saifullah Mohd Zulkifli juga membentangkan hujahnya di majlis itu yang dimulakan jam 8 malam di auditorium utama universiti itu.

 

Dialog itu selama 90 minit itu terbuka kepada umum, kata jurucakap penganjurnya Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin hari ini.

 

Beliau berkata, program itu dianjurkan bertujuan membuka mata lebih ramai pelajar yang tidak mengikut dengan dekat rang undang-undang tersebut.

 

“Kami fikir ini masa yang sesuai mengadakan forum sebegini kerana parlimen akan membahaskan cadangan pindaan akta ini,” katanya.

 

“Kami ingin menunjukkan, mahasiswa bukan kerja berdemonstrasi saja (terhadap AUKU) tetapi juga boleh membincangkan sesuatu secara ilmiah dan tidak partisan.”

 

Penganjur, tambah Ahmad Fahmi, bercadang merumuskan resolusi mahasiswa berhubung pindaan itu selepas mendengar pandangan tiga ahli parlimen itu dan juga wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

 

“Kami juga bercadang mengedarkan resolusi kepada semua ahli parlimen supaya mereka menyuarakan pandangan kami di Parlimen,” katanya.

 

Program itu anjuran bersama jawatankuasa tindakan kolej kediaman as-Siddiq dengan kerjasama Kelab Intelektual Muda (IYC) dan sekretariat penyelidikan Persatuan Ekonomi UIA.

3 Respons to "AUKU: Salahuddin PAS lawan Saifuddin Umno"

saye berpeluang menyaksikan secara live diskusi malam itu. bagi saya, Dato adalah sebutir mutiara yang berharga yang masih tinggal dalam UMNO. teruskan keihkslasan Dato dalam politik. Saya yakin ramai mahasiswa di belakang perjuangan Dato.

Diharapkan hasil serta ulasan dato sepanjang forum tersebut berlangsung dapat disiarkan di dalam blog ini. Ianya bertujuan untuk memberikan imput kepada pengunjung blog yang tidak berpeluang hadir pada malam tersebut di samping merancakkan perbahasan serta mendapatkan pandangan komuniti blog berkenaan AUKU

Dato memang outstanding malam tu. YB salehuddin nampaknya sekadar retorik dan berdegar tapi isinya langsung tidak enak. saya juga puji YB Yusmadi yang selamba tetapi bernas.Pada firasat Dato, 16/9 akan jadi realiti kah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
M T W T F S S
    Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos
%d bloggers like this: