Saifuddin Abdullah

Tiga tuntutan buat MPT

Posted on: Ogos 17, 2008

Hari ini saya ditemani YB Chua Boon Seng, ADUN Mentakab telah melawat pasar Mentakab pada jam 9 pagi. Saya telah menyuarakan bagi pihak penduduk tempatan tiga isu utama untuk perhatian serius YDP Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

1. Bilik Solat – Meskipun saya telah tuntut disediakan sejak dari Mac 2008, namun dukacitanya belum disiapkan. Malahan, tempat yang dicadangkan oleh MPT untuk membina bilik solat juga tidak sesuai. Dalam lawatan ini, saya telah kenalpasti lokasi yang sesuai untuk penduduk yang beragama Islam beribadah.

2. 10 keping penutup longkang belum diganti. Ini juga satu lagi isu yang lapuk. Lebih menyedihkan, sudah terdapat satu kes yang melibatkan seorang wanita tua terjatuh ke dalam longkang dan patah kaki.

3. Saya juga menuntut agar pihak MPT membatalkan hasrat untuk membuat kutipan parkir di kawasan pasar tersebut. Rata-rata, kebanyakan yang datang setiap hari ke pasar tersebut adalah mereka yang berpendapatan rendah dan situasi ini bakal membebankan penduduk setempat. Lagipun, kutipan untuk beberapa jam hanya untuk beberapa hari dalam seminggu oleh MPT ini tidak akan membuatkan MPT menjadi kaya.

17 OGOS 2008
SAIFUDDIN ABDULLAH

5 Respons to "Tiga tuntutan buat MPT"

YB Dato’,

Saya ingin memberi sedikit pandangan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh YB Dato’.

1. Kenapa soal masalah-masalah mayarakat tempatan masih lagi terkehel-kehel diselesaikan oleh PBT?
2. Adakah pihak PBT tidak dilatih/prihatin untuk memahami masalah masyarakat? Atau adakah peruntukan yang kecil untuk rakyat tidak menjadi agenda utama pihak PBT?
3. Dimanakah wakil-wakil/pegawai khas/ahli-ahli majlis yang dilantik untuk menjadi mata dan telinga YB? Apakah mereka terlalu sibuk dengan kerja peribadi masing-masing atau perlantikan mereka adalah sekadar menjawat jawatan sahaja?

Saya percaya jawapan sudah ada pada YB Dato’. Akhirkata, pemimpin hanya akan berjaya sekiranya orang-orang yang dipilih/diwakil ikhlas , jujur dan setia menjalankan tugas.

Salam Perjuangan !

MPT juga disaran tidak cuai dalam hal bahasa. Misalnya nama Esplanade dan Mid Town, kenapa nama yang berbau asing yang dipilih. Miskin sangatkah bahasa Melayu itu. Kalau dah tak dapat nama dalam bahasa Melayu, MPT boleh merujuk Dewan bahasa dan Pustaka yang bila-bila masa sedia membantu. Tolonglah jangan dipinggirkan bahasa Melayu, dibimbangi lama-lama hilanglah perkataan kita itu. Itukan warisan bangsa kita. Ingat nasib sejarah akhbar Melayu (Jawi) yang kini telah jadi sisipan di Utusan Malaysia, bimbang nanti akhbar Melayu (Rumi) pula jadi sisipan akhbar Inggeris. Bahasa Budaya Bangsa.

http://temerlohpahang08.blogspot.com/2008/08/kolam-renang-awam-kompleks-sukan-awam.html

Kolam Renang awam, kompleks sukan awam untuk Temerloh
Adalah sangat sedih apabila Menteri Sukan, kini ahli Parlimen Bera (yang bersempadan dengan kawasan Parlimen Temerloh) dan Temerloh tidak mempunyai Kolam Renang awam.

Dalam keadaan ini, kawasan Temerloh berjaya menghasilkan ahli sukan renang yang telah bertanding juga peringkat negeri dalam Sukan Sukma.

Kita perlukan beberapa Kolam Renang, serta juga tempat untuk sukan ‘diving’, di kawasan Temerloh.

Kita perlukan gelangan skuasy — seta juga tempat/gelanggang memanahy dan juga menembak supaya Temerloh pun boleh menghasilkan “Nicole David” dan jaguh sukan yang lain untuk sukan Olimpik.

Gelanggang bowling juga diperlukan.

Akhirkata, kita perlukan faciliti/kompleks sukan yang dibuka kepada orang awam di kawasan Temerloh. Ini juga akan memberikan kemudahan sukan untuk pemuda pemudi daerah Temerloh.

Hello YB ahli Parlimen dan ADUN serta juga Majlis Perbandaran – sila pastikan bahawa kemudahan sukan awam ada di kawasan Temerloh..

http://temerlohpahang08.blogspot.com/2008/06/buka-semula-hospital-kerajaan-di.html

Buka semula Hospital Kerajaan di Mentakab untuk kepentingan rakyat..
Satu perkara yang perlu RAKYAT Temerloh bangun dan menyuarakan adalah hasrat mahu kerajaan membuka semula Hospital Kerajaan di Mentakab, yang baru-baru ini telah ditutup apabila Hospital Pakar Kerajaan di Temerloh dibuka.

Hospital Pakar adalah satu perkara yang sangat baik, tetapi perbedaan wujud di antara sebuah Hospital Pakar dan sebuah hospital kerajaan biasa. Hospital Pakar biasanya akan menerima pesakit yang dirujuk daripada doktor di hospital lain, apabila sesuatu kes didapati lebih baik diuruskan pakar.

Apa yang tinggal kini, di tempat Hospital Kerajaan di Mentakab, hanya adalah sebuah Pusat Kesihatan dan Klinik, dan Klinik Pergigian. Fasiliti Pengimejan dan X-Ray masih lagi berfungsi. Wad-wad sudah diabaikan dan tidak digunakan.

Saya percaya bahawa ianya adalah cukup mudah untuk menambah taraf sedikit, dan membuka semula Hospital Kerajaan di Mentakab.

Tambahan lagi, lokasi Hospital Kerajaan di Mentakab tersebut adalah sungguh baik, di mana ianya juga berdekatan dengan stesyen keretapi, dan banyak bas berulang-alik daripada berbagai lokasi ke bandar Mentakab. Teksi pun sedang dapat. Secara bandingan, lokasi Hospital Pakar di Temerloh adalah sesuatu tempat yang perkhidmatan bas awam pun jarang berlalu. Teksi pun sukar didapati. Lokasinya sesuai untuk sebuah Hospital Pakar di mana pesakit di bawa dari Hospital lain dengan ambulan – tetapi bukan untuk sebuah Hospital Am.

Adalah harapan saya, dan ramai lagi di Temerloh agar pihak berkenaan membuat apa yang wajar dan membuka semula Hospital Kerajaan di Mentakab, Pahang secepat mungkin.

Dato’,

Menurut berita, MPT akan mewujudkan satu papan tanda besar di Padang Tenggala (seberang Temerloh) yang bertulis perkataan Temerloh sebagai penyerlah bandar Temerloh. Tahniah diucapkan, dan itu satu usaha yang baik walaupun kos pembinaannya agak besar. Tak apalah. Tetapi bagaimana dengan tulisan jawi, diharap tulisan jawi tidak dilupakan dan disertakan sama di papan tanda itu, barulah ada nilai budaya kan…

Yang tidak lupa warisan bangsa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
M T W T F S S
    Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos
%d bloggers like this: