Saifuddin Abdullah

Dialog dengan 445 pelajar Kolej Mara

Posted on: Ogos 10, 2008

serius mendengar pandangan daripada salah seorang pelajar

serius mendengar pandangan daripada salah seorang pelajar

Minggu lalu, pada 5 Ogos 2008 saya berpeluang utuk berdialog dengan 445 pelajar Kolej Mara Seremban dalam perjalanan pulang dari menghadiri satu program di Port Dickson. Kedatangan kami dimaklumkan agak lewat kepada pihak pentadbiran kolej. Pun begitu, sambutan mereka terhadap kami tetap istimewa. Lebih istimewa kerana semua pelajar-pelajar telah sudi meluangkan masa berdialog dengan saya.

Acapkali saya tekankan dalam setiap ucapan saya, golongan muda mahu didekati dengan cara mereka. Mereka ada idealisme dan kepercayaan yang perlu didengar dan dihormati. Atas kesedaran itu, saya memulakan kempen website, blog, facebook saya sebelum saya dipilih sebagai Ahli Parlimen Temerloh lagi. Dengan memilih wahana ini, saya yakin jurang itu dapat dikurang, jarak itu dapat dianjak. Alhamdulillah, sambutan setakat ini terutamanya dari generasi muda begitu menggalakkan.

Saya juga kagum dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh para pelajar yang rata-rata berusia 18 dan 19 tahun. Antaranya, ada yang bertanya samada mereka boleh terlibat dalam mendraf peraturan kolej supaya suara mereka diwakili dalam peraturan tersebut. Bagi saya ini perkembangan positif dalam minda orang muda dewasa ini yang sering disinonimkan dengan budaya kuning dan songsang. Ada juga yang menyuarakan rasa kurang selesa dengan fasiliti di kolej yang boleh merencatkan proses pembelajaran pelajar di kolej. Terima kasih buat pihak kolej MARA dan para pelajar yang sudi menerima kunjungan kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
M T W T F S S
    Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos
%d bloggers like this: