Saifuddin Abdullah

‘Larangan siswa anggotai politik lawan prinsip’

Posted on: Ogos 8, 2008

Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my

Penyertaan mampu percepat kematangan sahsiah, manfaat pembangunan

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta membenarkan mahasiswa menganggotai parti politik pilihan mereka dan aktif dalam politik, walaupun Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang akan melalui proses bacaan kedua di Dewan Rakyat Ogos ini menghalang mahasiswa berbuat demikian.

Pihak kerajaan juga disaran tidak bimbang dengan pembabitan mahasiswa dalam politik kerana yakin langkah itu akan mempercepatkan kematangan sahsiah mereka di samping membawa manfaat kepada pembangunan politik negara.

Timbalan Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata sebagai bekas pemimpin mahasiswa, beliau mengalu-alukan pindaan AUKU yang membenarkan pemimpin parti politik mendampingi mahasiswa, tetapi berharap mahasiswa dibenarkan menganggotai parti politik.”Larangan mahasiswa menganggotai parti politik berlawanan dengan prinsip pilihan raya umum apabila mahasiswa yang layak mengundi akan memilih parti politik tertentu. Saya bersetuju jika mahasiswa dilarang memegang apa-apa jawatan dalam parti politik, tetapi benarkan menganggotai parti politik pilihan mereka.

“Saya tidak mahu kerajaan terus digelar ‘double-standard’ atau tidak adil kerana mahasiswa tidak dibenar menganggotai parti politik sebaliknya mahasiswa di luar negara diberikan kebebasan itu,” katanya.

Saifuddin yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta bekas Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (UM) berkata, kerajaan tidak perlu bimbang pembabitan mahasiswa dalam politik kerana pegangan mereka terhadap politik akan berubah seiring peningkatan usia dan kematangan.Semalam Berita Minggu melaporkan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemimpin parti politik, termasuk pembangkang akan dibenarkan memberi ceramah kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan syarat ada kaitan dengan pengajian dan akademik mahasiswa apabila AUKU diluluskan Dewan Rakyat, Ogos ini.

 

1 Response to "‘Larangan siswa anggotai politik lawan prinsip’"

Salam singgah. Suka sekali saya membaca tulisan Dato’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
M T W T F S S
    Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos
%d bloggers like this: