Saifuddin Abdullah

Politik Baru

Cover Politik Baru

Buku ini adalah inisiatif awal penulis untuk mengupas gagasan tentang participatory democracy dan hubungannya dengan amalan politik dan governans di Malaysia.

Ia disusun dalam dua bahagian, iaitu Bahagian 1: Integriti Politik dan Bahagian 2: Kerangka Governans Baru. Integriti Politik mengandungi empat bab yang membincangkan Idealisme Politik, Politik Ilmu, Politik Hikmah dan Politik Bakti. Governans Baru pula mengandungi lima bab, iaitu Tiga Sektor Pembangunan Negara, Generasi Muda dan Masyarakat Sivil, Keperluan kepada Governans Baru, Penghakupayaan Perniagaan dan Masyarakat Sivil serta Perwakilan Perniagaan dan Masyarakat Sivil.

- Suhaimi Sulaiman,
Penerbit Eksekutif ASTRO AWANI
“Seorang pemikir dan pemimpin yang mempunyai visi yang jelas, Dato’ Saifuddin Abdullah mempunyai banyak kehebatan yang boleh dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia.”

- Datuk Johan Jaaffar,
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Utusan Melayu (M) Bhd
“Buku ini memancarkan suara baru yang harus dipandang serius. Saifuddin bercakap dalam bahasa yang jujur, berani dan bertanggungjawab.”

- Datuk Dr. Denison Jayasooria,
Principal Fellow Institute For Ethnic Studies Universiti Kebangsaan Malaysia
“This book is a must read for all politicians and aspiring politicians, as political participation must foster democratic values of integrity, good governance and intellectual debate of ideas for nation building.”

- Joceline Tan,
The Star
“Saifuddin has travelled a long road from NGO activism to mainstream politics. This frank and at times critical effort at understanding the imperatives of the new politics is interesting in that it is coming from someone within the ruling coalition.”

- Prof Dato’ Dr. Zaini Bin Ujang,
Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia
“Sekiranya gagasan dan saranan dalam buku ini menjadi amalan, pasti budaya politik Malaysia akan lebih segar…”

Khas: Ulasan penuh Tun Abdul Hamid Mohamad, Bekas Ketua Hakim Negara, tentang gagasan politik baru Saifuddin Abdullah.

16 Respons to "Politik Baru"

[...] Politik Baru Isu SMK Seberang Temerloh selesai [...]

Fantastic Dato..New wave for UMNO..Its the time to rise and clean up the party.hope this book will be available throughout the country. Will definitely get one Dato’.

Semalam saya selesai membaca buku ini. Temanya cliche iaitu perubahan. Terminologinya bukan baru kerana New Politics sudah digembar0gemburkan di banyak negara maju termasuk di AS. Pentadbiran Obama sering dikaitkan dengan amalan New Politics tetapi dalam konteks yang berbeza. Di AS, demokrasinya sudah jauh lebih matang berbanding di Malaysia. Obama dengan idea bipartisanship, sudah memulakan amalan ini yakni melantik ahli kabnet dari kalangan parti republikan. Satu amalan yang amat mustahil untuk berlaku di Malaysia setidak-tidaknya untuk 50 tahun lagi!

Politik Baru adalah pandangan penulis tentang politik di Malaysia. lebih tepat lagi budaya dan tingkahlaku. Beliau menyarankan budaya lapuk dan negatif di kalangan politikus dan gurkha2 politik diubah dan diganti dengan budaya yang lebih segar seperti mengamal politik dengan ilmu. Rata-rata bagi beliau pemimpin disanjung kerana kuasa dan wangnya bukan kerana ilmu dan peribadinya. which is extremely True!Jikalau pemimpin kita sebenarnya tidak korup atau tidak baik, tetapi persepsi umum hari ini tidak dapat menanggalkan topeng pemimpin BN dengan amalan korupsi. It doesnt mean that ppl think the opposition is free from corruption, but today generation demands transparency and sincerity. It sounds a bit idealistic, but why idealistic has always been an excuse for us to have better governance???

To me,paling istimewa kerana buku ini ditulis oleh seorang menteri yang masih berada dalam kabinet. Selalunya, yang menulis dan mengkritik apabila mereka sudah tiada kepentingan atau dibuang dari parti. Politik Baru adalah talian hayat untuk BN dan UMNO. Sekiranya mereka tidak memilih talian hayat ini dan terus dengan kejahilan mencari jawapan, BN and UMNO will be out of the game for the next general election.

Syabas Dato’.

Am still trying to get hold of a copy but what I’ve heard so far is that you are definitely forward thinking and belonging to a brave new breed of leaders that this country needs. Let’s hope every politician can be of the same view. Change is painful but necessary. Congrats Dato.

Pada tanggal 20 januari yang lalu, bertempat di Hotel Shangri-La Putrajaya saya antara ratusan limpahan hadirin yang berpeluang menyaksikan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak melancarkan buku Politik Baru:Mematangkan Demokrasi Malaysia karya Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) merangkap ahli Parlimen Termeloh. Amat jarang bagi pemimpin di negara ini menulis. Apatah lagi sekiranya tulisan tersebut berkisar mengenai lumrah politik semasa. Jadi tidak hairanlah, ramai tetamu yang hadir berpendapat majlis pelancaran tersebut mungkin boleh disifatkan sebagai manifestasi kesediaan para pemimpin kini untuk mengubah pendekatan dan fokus dalam berpolitik. Politik Baru merupakan sebuah buku yang menggarapkan pelbagai langkah baru yang perlu diambil dan segala amalan lapuk yang perlu segara ditinggalkan jika Barisan Nasional atau UMNO khususnya ingin terus kekal relevan dan diterima rakyat.

Malah, dalam ucapan pelancaran oleh YAB TPM, beliau menyatakan dengan jelas tentang sikap dan imej segelintir pemimpin UMNO yang kurang disenangi oleh rakyat. Ucapan beliau sudah cukup menggambarkan bahawa pemimpin atasan negara semakin sedar akan kegagalan mereka untuk menawan hati rakyat. Ironinya, dalam liputan berita yang disiarkan stesen TV tempatan pada 22 haribulan lalu (Khamis), Menteri Besar Terangganu, Dato’ Ahmad Said, dengan yakinnya mempertahankan bahawa faktor utama kekalahan pilihanraya kecil pada 17 Januari lalu berpunca daripada turunnya peratusan penduduk yang keluar mengundi. Percanggahan pendapat ini boleh menjadi bukti kukuh, tidak ramai pemimpin hari ini yang sedar kelemahan masing-masing. Kita boleh mula bertanya, berapa kerat sahaja pemimpin hari ini yang akan bersedia menerima hakikat bahawa pendekatan dan amalan politik yang mereka pegang selama ini sudah ketinggalan zaman? Atau, tidak mustahil Dato’ Saifuddin Abdullah dengan Politik Baru yang dicanangnya, akan hanya menjadi satu paluan gendang yang iramanya tidak disahut teman sepermainan sendiri?

Sekiranya dikaji intipati Politik Baru yang ditulis beliau, segalanya kelihatan kena pada masanya. Misalnya, buku ini menyarankan agar budaya politik ampu yang selama ini dijunjung oleh sesetangah kelompok digantikan dengan politik ilmu. Pandangan sedemikian sudah pastinya bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan anggota masyarakat kelas pertama dengan pemikiran glokal sekaligus mampu memacu Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020. Sekali lagi, persoalannya, sejauh manakah politikus hari ini, terutamanya UMNO, mampu memastikan budaya ilmu benar-benar diangkat? Kita tidak perlu pergi jauh sehingga ingin meneliti latar belakang pendidikan seseorang pemimpin yang kita pilih.

Akan tetapi, saya amat yakin dan percaya, adalah tidak keterlaluan sekiranya kita, sekurang-kurangnya menjadikan keseriusan seseorang pemimpin itu untuk mengambil pusing isu-isu semasa dan keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris sebagai indikator yang wajar dan adil. Bukankah sesuatu yang amat memalukan sekiranya, tatkala kita begitu lantang memperjuangkan keperluan dan kebaikan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), masih wujud pemimpin hari ini yang mempunyai tahap penguasan bahasa Inggeris yang begitu mengaibkan. Malah dalam keadaan tertentu, tingkah dan ucapan ahli politik kini mampu mengundang rasa muak dan mual di kalangan rakyat.

Dan, pastinya kita akan lebih berasa canggung seandainya pemimpin sebegini boleh diangkat pada kedudukan yang tinggi dalam struktur parti. Senario sebegini, sekiranya diteruskan akan hanya mengundang amarah dan kebencian yang memuncak di kalangan rakyat.

Mudahnya, sudah tiba masanya bagi semua pemimpin dan parti yang selama ini menjuarai perjuangan bangsa melakukan perubahan drastik yang begitu didamba-dambakan rakyat. Semua pihak pastinya mengharapkan kekalahan dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sudah cukup menjadi hukuman dan bisa memberi pengajaran kepada Barisan Nasional. Akan tetapi, siapa tahu? Semoga gelombang Politik Baru, akan benar-benar membawa perubahan dalam iklim politik tempatan yang semakin suram warnanya, semakin seram sifatnya.

SELAMAT BERJAYA DATO’!

Well, frankly speaking this book is very refershing and, to certain extend all the proposed points are indeed plausible. it is timely crucial. the only thing that worries me is, how will people like Saifuddin will then survive in UMNO. Brialliance and sincerity are not something that will be duly celebrated in UMNO. I know that. You know that. Everyone knows that!

whatever it is, his courage to write such a good book earns him plaudits. may clean and integrity-driven politic prevails!

Bravo!

Buku “Politik Baru” sememangnya menyajikan sesuatu yang baru. Bukan mudah untuk kita melihat seorang pemimpin UMNO mampu menghasilkan sebuah buku yang kritis, asli dan segar.

Idea yang ingin disampaikan oleh penulis sebenarnya mudah untuk digarap dan dikecap. Dengan dua pendekatan iaitu “integriti politik” dan “governans baru”, penulis sebenarnya mewakili dan memahami suara hati masyarakat bahawa kedua-dua perubahan inilah yang kita semua dambakan.

Menggunakan laras bahasa yang mudah, buku ini sesuai untuk dibaca oleh sesiapa sahaja, pemimpin atau yang dipimpin, politikus atau cendekiawan, ulama’ atau umara’.

Idea penulis dipersembahkan dalam bentuk yang mudah diingati. Menggunakan teknik “rhymed prose” atau saj’ (سجع) bahawa “politik ilmu bukan ampu, politik hikmah bukan fitnah, politik bakti bukan undi”, “magic words” ini semestinya mudah diingati.

Integriti politik bukan idea yang dicipta oleh penulis. Integriti politik sebenarnya adalah keadaan politik yang ideal yang sepatutnya difahami oleh setiap ahli politik. Malangnya ahli-ahli politik hari dikaburi harta melimpah ruah sehingga sanggup menumpah maruah.

Integriti politik bukan satu utopia. Bukan juga satu omong-omong kosong. Zaman Kegemilangan Rasulullah dan Khulafa’ telah membuktikan kejujuran dan ketulusan pemimpin adalah rukun kemajuan.

Justeru, buku ini sepatutnya dijadikan bahan bacaan wajib kepada semua politikus Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Berpeganglah kepada prinsip “Politik Ilmu bukan Politik Ampu, Politik Hikmah bukan Politik Fitnah, Politik Bakti bukan Politik Undi” agar Malaysia unggul dengan “Politik Demokrasi bukan Politik Basi”.

Politik Baru- salah satu wacana baru pemikiran sosial. Sungguhpun kecil tapi isinya padat dan tepat- “Small is beautiful”. Buku ini telah dijadikan sebagai salah satu rujukan dalam penyelidikan Phd saya. Bidang kajian saya bagaimana governans bandar boleh meningkatkan daya persaingan ekonomi bandar. Harap dapat mengadakan promosi dan forum mengenai buku ini di UKM.

Tahniah…. semoga terus menulis….

Azmizam

Sekalung tahniah buat Dato’ diatas penghasilan buku ‘Politik Baru’ dalam kita tercari-cari suatu naskah yang mampu membuat minda kita berfikir.
Ke arah mana hala tuju polikus generasi muda dan angkatan baru hari ini dalam membuat perubahan senario politik UMNO yang semakin terhakis di mata rakyat terutamanya oleh orang-orang Melayu sendiri.
Semoga naskah-naskah seterusnya akan menyusul….

Asalamualaikum Dato,

Tahniah Dato,semoga amanah di bahu datu akan di persoalkan di akhirat nanti maka saya percaya dan cukup percaya yang Dato telah bersedia untuk itu semua.
malang nya kami sebagai usahawan masih tersepit dengan modal pusingan.kadang-kadang saya terfikir apa sebenarnya UMNO boleh tolong saya,kerna selama ini saya bersusah payah untuk UMNO walaupun sumbangan saya kecil tapi masih ada maknakan.

entahlah benar juga yang di katakan UMNO datang sampai kerumah tapi hilang bila di perlukan.

siapa yang perlu di persalahkan dan di perbetulkan ?????????????

kami panjat MARA,indah kabar dari rupa???????????
kami panjat tekun,alhamdulilah tingkap ada di buka.

sebagai pemimpin berkhidmatlah kerana ALLAH maka akan turun kepada pendokong UMNO.

lihatlah kami yang maha tersepeit untuk berniaga ni.

sesungguhnya kami dah pernah berjumpa dan berbual dengan Dato.
dan saya percaya Dato adalah insan yang bersungguh insyallah.

Asalamualaikum Dato,

Alhamdulilah,kejayaan semua pemimpin UMNO.tapi apakah yang mereka akan lakukan pada semua penyokong mereka.

Pasti dan sangat pasti akan kembali kepada amalan biasa (birokrasi)
kerna yang nak kedudukan dah pun dapat kedudukan .maka kami penyokong “ibarat menang sorak kampung tergadai”.

saya sedang menaruk kepercayaan atas nama ALLAH yang kata-kata Dato di muka depan laman Dato adalah ilham KEMANUSIAN MELAYU.
UMNO BARU.dan saya doakan Dato di sinari NUR dari Ilahi dan

Ya,ALLAH sesungguhnya hamba mu akan di pertanggungkan dengan amanah yang sangat besar maka aku memohon pada mu teguhkan iman Dato SAIFUDDIN ABDULLAH kepada kebaikan yang di pertontonkan kepada mu ya ALLAH akhirnya nanti.
dan jadikan Dato sebagai pemimpin yang kau redai.amin.amin.amin.

go dato’ go

Nusiputra30

Assalamualaikum
Y.B Dato’
Memang benar gelaran “new breed of politician” atau baka baru ahli politik yang diberikan kepada Y.B. Dato’.

Kehadiran karya agung Politik Baru ini amat tepat pada masanya dalam memberi satu dimensi dan perspektif baru dalam pemikiran berpolitik Melayu. Sesungguhnya poltik Melayu khususnya UMNO memerlukan satu garis panduan dan idea baru dalam memantapkan serta menambahbaik organisasi UMNO itu sendiri. Ini bagi mengelakkan ahlinya yangterdiri daripada kaum Melayu terus alpa dengan kejayaan serta keistimewaan yang diwarisi dari generasi politik lampau.
Kehadiran Poltik Baru “Melayu” ini diharapkan dapat membuka mata dan menjadi inspirasi kepada pemimpin Melayu untuk terus mengungguli kegemilangan politik yang dirintis datuk nenek kita.

Tahniah Y.B dato’.
Teruskan Perjuangan Y.B. Dato’.
Salam dari Nusiputra30.

Salam Dato’ Saifuddin.
Saya Siti Nurshuhadah Bt Sh Salim, Mantan Bendahari Persatuan bahasa Melayu Universiti Malaya(PBMUM) Sesi 2008/2009. Penasihat PBMUM, Prof. Mohamad Mokhtar Bin Abu Hassan dan majlis Tertinggi PBMUM berbesar hati ingin melawat dan mengadakan temujanji untuk berjumpa dengan Dato’ memandangkan Dato’ juga merupakan Mantan Yang Dipertua PBMUM pada tahun 1982 hingga 1984. Insya-Allah, Majlis tertinggi PBMUM sesi 2009/2010 akan mengadakan program besar dan berharap mendapat sokongan daripada Dato’. Kami berharap dapat berjumpa dengan dato’ secepat mungkin.
Sekian, Wassalam.

Tahniah Dato atas kejayaan melahirkan buku berbentuk politik. Situasi kini memerlukan mereka yang berilmu. Hujah dengan ilmu (fakta dan huraian yang jelas) bukan indah khabar dari rupa. Berbicara indah tapi tanpa kajian yang menyokong. Dato malang sekali jika Dato menerima sokongan dari orang tanpa ilmu. Saya sokong politik ilmu tanpa ampu, politik bakti tanpa fikir undi untuk aku ya.
Tolong lihat setengah majlis bandaran tanpa hirau dab lambat bertindak atas fakta. Longkang sumbat, semak tidak dihirau, penutup longkang kena curi terbiar kosong sekian lama, dan seribu kerenah.
Inilah faktor yang menyumbang kepada ketidakpedulian kepada pemimpin politik. Umpama gemar kepada politik ampu semata tanpa politik ilmu. Tahniah.

BUKAN NAK KOMEN PASAL BUKU YANG DITULIS DATUK,TAPI NAK CADANGKAN DATUK MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK MEM BINA JEJANTAS DI HADAPAN HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH,TEMERLOH,PAHANG SEBAGAI SEORANG AHLI PARLIMEN DI KAWASAN TEMERLOH,SAYA BERHARAP DATUK MENGEMUKAKAN CADANGAN KEPADA PIHAK YANG SEPATUTNYA.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2014
I S R K J S A
« Jul    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Gambar

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

PWTC UMNO 09

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

Syarahan Akademi Belia Anjuran Akademi Belia

More Photos
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: